Tips Memilih Seseorang Untuk Bina Website Anda
Berikut adalah tips-tips yang perlu anda ambil berat sebelum buat keputusan mengupah seseorang membina website anda.
#1. Support Yang Mantap
First sekali, anda perlu pilih seseorang yang menyediakan support yang mantap kepada anda. Dedicated support supaya jika web anda mengalami masalah di kemudian hari, website anda dapat diselesaikan dengan segera.
Samaada mereka menyediakan support berbayar atau tidak, anda boleh buat pilihan. Yang penting, mereka ada sediakan support. Kalau boleh, mereka sediakan satu forum untuk support lagi mantap dan kemas.
Sakit kepala anda fikir pasal web yang bermasalah jika tiada support.
#2. Pemilihan Design Web
Web anda, andalah tentukan design bagaimana rupa website anda. Betul tak? Pilih web designer yang menyediakan kemudahan ini di mana mereka memberikan anda pilihan untuk memilih design web anda sendiri supaya anda lebih berpuas hati.
Jangan sesekali serahkan bulat-bulat idea design web anda kepada web designer kerana mungkin di pengakhiran nanti anda tidak akan berpuas hati.
#3. Komunikasi Yang Baik
Selain daripada itu juga, anda perlu pilih web designer yang mempunyai komunikasi yang baik di mana budi bahasanya tinggi, pandai hormat pelanggan, dan sabar.
Jika anda zero dalam website, tentu anda mempunyai banyak soalan-soalan yang ingin ditanya kepada mereka untuk pemahaman dalam manage website anda.
#4. Orang Itu Perlu Ada Website
Yes! Ini amat penting jika anda tidak ingin rasa tertipu atau mungkin ditipu oleh seseorang yang menawarkan membina website anda jika mereka tidak mempunyai websitenya sendiri.
Pastikan orang itu mempunyai website “Servis Bina Web” mereka. Di dalam website tersebut, anda perlu lihat apa testimoni pelanggan dia, pakej web yang disediakan, portfolio dan sebagainya.
Jangan sesekali berurusan dengan orang yang tidak mempunyai web servisnya kerana anda mungkin akan ditipu dan susah untuk berurusan jika berlaku apa-apa masalah.
Mana tau lepas beli mereka terus block semua komunkasi anda dengan dia. Jadi. Berhati-hati. Jika orang tersebut serius dalam menawarkan servis bina web, sepatutnya dia sendiri ada web.
#5. Lama atau Baru Jadi Masalah Ke?
Sebenarnya, seseorang yang baru menceburi diri dalam servis bina website, tidak menjadi masalah untuk anda mencuba servis dengannya.
Jika mereka baru, berikan peluang kepada mereka dengan anda menempah servis webnya. Tapi, pastikan apa yang saya beritahu di atas ni cukup lengkap supaya anda tidak rasa tertipu dan ditipu.
Anda teringin nak tempah website? Boleh lihat pakej Di Sini