Mengapa bisnes memerlukan website? Masih ramai usahawan yang belum mempunyai website dan ada yang berkeras mengatakan “TIDAK PERLU”.
Saya tidak setuju apabila usahawan menjawab “TIDAK PERLU” dan saya ingin beri 7 sebab kenapa website itu perlu untuk bisnes.
1. Menambah kredibiliti bisnes
Zaman sekarang hampir semua orang menggunakaninternet. Lebih-lebih lagi apabila mencari produk atau servis yang diperlukan.
Bayangkan anda seorang usahawan dan bercerita tentang bisnes anda pada prospek. Kemudian apabila ditanya tentang website, anda jawab tiada. Apa rasanya tanggapan prospek itu pada bisnes anda? Bayangkan pula kalau anda beri website yang professional pada prospek.
Dua situasi di atas cukup jelas bahawa website memberi kesan pada kredibiliti bisnes.
2. Prospek mudah mendapatkan maklumat bisnes secara online
Selain daripada isu kredibiliti, website memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat bisnes. Kita tidak boleh hanya bergantung pada media sosial untuk memberi maklumat kerana itu bukan fungsi utama media sosial.
Andai kata kita mempunyai bisnes pakaian dengan koleksi pakaian yang banyak. Kalau hanya dengan media sosial, prospek sukar melihat koleki penuh pakaian kita.
Berbeza dengan website, koleksi pakaian disusun dengan kemas mengikut kategori dan jenisnya. Maklumat bisnes yang lain juga mudah diakses di website.
Kalau nak harap facebook semata, kejap scroll jumpa baju.. kejap scroll jumpa kucing, nasi lemak, kata-kata nasihat. Sukar untuk prospek mencari maklumat yang mereka perlukan.
3. Pesaing anda mempunyai website
Sekarang makin ramai usahawan mempunyai website. Pesaing kita pun mempunyai website. Bagaimana kita melawan pesaing jika salah satu tool utama dalam bisnes online kita tiada?
Bayangkan kita dalam pertandingan memasak. Pesaing kita lengkap peralatan memasak tetapi kita tertinggal pisau.
4. Website menjimatkan masa bekerja
Ini satu lagi perkara yang penting dalam bisnes iaitu MASA.
Banyak masa boleh dijimatkan dengan adanya website. Kita boleh gunakan masa yang dijimatkan untuk keluarga, aktiviti lain atau untuk mendapatkan lebih banyak income.
Bagaimana masa dapat dijimatkan melalui website? Ianya sangat banyak. Website boleh menguruskan proses jual beli, menjana laporan, menyediakan borang, memberi maklumat yang diperlukan dan macam-macam lagi.
Bergantung kepada spesifikasi website, ada website yang boleh menguruskan 60% kerja bisnes. Ini bermaksud kita mampu mengurangkan kerja dan penggunaan masa kita hingga 60% dengan adanya website. Ada yang lebih dari itu.
5. Website membawa lebih banyak prospek
Jika rujuk point sebelum ini, dengan penjimatan masa dan kemudahan perolehan maklumat, sudah tentu bisnes kita boleh membawa lebih banyak prospek.
Masa yang telah dijimatkan boleh digunakan untuk pemasaran dimana kita boleh memperkenal bisnes kepada prospek baru.
Ada pelbagai cara kita memasarkan website kita seperti menggunakan iklan, tajaan, content marketing, SEO, email dan lain-lain.
6. Website membolehkan bisnes anda memasuki pasaran dunia
Satu lagi perkara yang best dengan website adalah kita boleh berniaga dimana sahaja. Kita bukan hanya boleh sasarkan bisnes pada pasaran Malaysia sahaja malah dunia.
Contohnya kita design baju “Say No To Trump” dan ingin jual kepada warga Amerika. Kita hanya perlu sediakan website berbahasa inggeris dan paparkan baju tersebut kemudian buat pemasaran untuk sasarkan pada warga Amerika.
7. Pelbagai range harga website
Alasan harga website ini banyak saya dapat dari usahawan yang tidak mahu mempunyai website.
Sebagai seorang usahawan, agak menyakitkan hati saya melihat usahawan lain yang penuh dengan alasan kerana website boleh diperoleh mengikut pelbagai range harga.
Untuk website tanpa kos, anda boleh buat sendiri website dengan menggunakan platform seperti wix, weebly dan banyak lagi yang menawarkan website percuma dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Ada juga website yang murah dalam RM1000 kebawah. Biasanya kita boleh dapat harga sebegini dari webdesigner part time yang baru berjinak dalam website atau dari student-student IT.
Untuk website yang professional sedikit, range harga biasanya dalam RM2500 ke atas. Ini range harga kalau inginkan servis dari saya.
Website highend dengan pelbagai fungsi dan kualiti server yang tinggi biasanya bermula dari RM15k hingga lebih RM500k. Itu sudah industry level.
Jadi, ada lagi usahawan yang rasa “TIDAK PERLU” website? Cuba share post ini pada mereka yang sepatutnya sudah ada website supaya mereka sedar pentingnya website.