7 Sebab Pelanggan Beli Dari Kedai Online Anda

7 sebab pelanggan beli dari kedai online anda

Hampir semua idea bisnes e-Commerce atau produk yang kita fikir nak jual, mesti ada orang lain yang dah buat dulu. Kadang-kadang bila fikirkan benda ni, boleh buat kita rasa ragu-ragu samaada nak teruskan idea tu ataupun tak. Kita mula mempersoalkan samaada kita boleh berjaya buat jualan atau tak dari bisnes e-Com yang baru jer nak mula ni, hanya disebabkan pesaing dah jual dulu dan jual dengan harga jauh lebih rendah pulak tu! “Celah mana aku nak mark up untung nak bersaing dengan diorang..??!”

Sebenarnya, harga yang rendah bukanlah satu-satunya faktor yang buatkan pelanggan membeli dan bukannya faktor utama pun! Sebab tu lah dalam artikel ni, saya nak tunjukkan kat anda 6 sebab kenapa pelanggan boleh membeli dari kedai online anda walaupun baru jer nak mula bisnes. Lepas anda dah tahu benda ni, anda akan lebih yakin untuk teruskan apa sahaja idea bisnes e-Commerce dan berani jual dengan harga lebih tinggi dari pesaing! Jom layan…

#1: Prospek Jumpa Bisnes Anda Dulu

Pelanggan memilih untuk beli dari kedai online anda sebab diorang jumpa produk tu dari iklan anda dulu. Kemungkinan peniaga lain yang menjual produk yang sama tak aktif dalam pemasaran dan hanya letak produk kat Shopee jer. Tapi anda aktif memasarkan produk anda kat FB peribadi, FB group, Instagram, group Whatsapp dengan segala jenis teknik dan strategi pemasaran yang anda tahu.

Untuk prospek yang berminat, diorang dah tahu yang kedai online anda ada jual produk tersebut. Tapi mungkin sekadar menjadi peniaga pertama yang prospek jumpa dulu belum cukup untuk menjamin jualan. Sebab sesetengah pengguna akan survey dulu produk yang sama kat tempat lain.

Jadi, pastikan iklan dan halaman produk dalam kedai online anda disokong oleh copywriting yang mantap, gambar produk dengan social proof, target pada audience yang relevan, harga mampu milik dan promosi terhad yang susah orang nak tolak sampaikan prospek tak ada masa nak survey kat tempat lain!

#2: Prospek Percaya Pada Kedai Online Anda

Bukan semua prospek yang tengok produk anda bersedia untuk membeli. Lebih-lebih lagi kalau diorang baru jer jumpa kedai online anda. Bayangkan perjalanan prospek yang datang ke kedai online anda. Anda buat iklan, diorang nampak iklan, berminat, klik link dan terus ke halaman produk. Tapi belum ada kepercayaan untuk beli lagi. Kita sendiri pun kalau nak beli barang online selalunya akan godek-godek dulu laman web tu untuk pastikan penjual online tu boleh dipercayai dan bukannya scammer.

Prospek yang nak tahu lebih lanjut pasal bisnes anda dan ‘siapa anda’ akan cari kat satu tempat iaitu About Us page. Anda hanya ada satu peluang untuk bagi first impression yang terbaik dan dapatkan kepercayaan prospek yang berminat. Kalau anda gunakan halaman ni sebaiknya, anda dapat tingkatkan jualan bisnes e-Commerce. Saya pernah kongsikan beberapa elemen yang anda boleh masukkan kat dalam About Us page untuk tingkatkan kepercayaan prospek pada kedai online anda.

#3: Bisnes Anda Selesaikan Masalah Prospek

Salah satu kriteria peroduk hot yang pernah kami, Team Shopievo kongsikan ialah produk tersebut mestilah jenis ‘problem solver’ atau yang dapat selesaikan masalah audience bisnes anda. Tapi dalam point nombor 3 yang saya nak terangkan ni, saya tak tulis sekadar ‘produk’ sahaja tapi ‘bisnes anda selesaikan masalah’. Kenapa?

Bukan produk sahaja yang dapat selesaikan masalah prospek. Anda boleh kongsikan penulisan blog yang berkualiti dan bermanfaat yang dapat selesaikan masalah seharian prospek. Bisnes anda jugak perlulah ada servis khidmat pelanggan yang dapat menjawab pertanyaan dan aduan prospek dengan pantas! Dengan cara ni, bisnes anda akan jadi tempat rujukan prospek dan senang untuk anda rekemenkan produk-produk bisnes anda nanti.

#4: Bisnes Anda Menghiburkan Atau Memberi Manfaat

Pernah tak anda jumpa akaun Instagram bisnes yang ada berpuluh-puluh ribu followers tapi setiap post dia dapat belas-belas like jer? Saya ada jumpa, banyak. Dan dari pemerhatian saya, akaun Instagram bisnes yang macam tu semuanya tak habis-habis post pasal produk diorang jer. Asyik nak menjual jer kejenye. Macam mana followers nak engage dengan bisnes kita?

Kebanyakan bisnes buat content kat media sosial semata-mata nak tunjuk produk. Buat iklan pun nak hardsell. Dalam satu video yang saya tengok kat Youtube daripada usahawan terkenal Gary Vaynerchuk atau famous dengan panggilan GaryVee, Ada dua benda yang buatkan bisnes tu boleh pergi jauh ataupun iklan yang boleh dapat hasil yang lebih baik iaitu samaada bisnes anda menghiburkan atau memberi manfaat pada prospek!

#5: Banyak Followers di Media Sosial

Followers atau subsribers yang ramai kat media sosial merupakan salah satu teknik social proof untuk bisnes. Social proof adalah sesuatu info yang dapat mempengaruhi prospek untuk membuat pembelian. Social proof sangat penting dalam bisnes. Ia adalah satu teknik dan strategi dalam pemasaran untuk tukarkan prospek menjadi pembeli seterusnya meningkatkan jualan bisnes anda.

Bayangkan ada 2 kedai makan kat mana-mana kawasan yang kita singgah. Satu kedai nampak ‘happening’ dan ramai orang. Satu kedai lagi nampak hambar. Sudah tentu kita akan lebih lebih cenderung untuk join kedai makan yang happening tu. Kita baru singgah kat kawasan baru, tak tahu mana satu yang lebih bagus. Tapi social proof orang yang ramai tu membantu kita untuk buat keputusan. Ramai followers kat media sosial dapat tingkatkan kepercayaan prospek pada bisnes anda.

#6: Harga Produk Mampu Milik!

Harga mampu milik adalah salah satu faktor yang buatkan pelanggan membeli dari kedai online anda. Tambahan lagi dengan tawaran istimewa dan terhad seperti ‘beli 2 dapat harga lebih murah’ atau ‘beli 1 percuma 1’ sebagai contoh. Sebab tu lah anda perlu ambil berat pada harga pasaran produk tersebut dan bagaimana pendapatan ideal prospek anda. Takut nanti terletak hangga terlalu tinggi.

Namun begitu, anda mestilah ambil kira segala kos dan keuntungan bisnes anda. Sebab tu lah dalam video panduan Geng shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, kami ada sediakan satu video khusus berkaitan ‘Strategi Penetapan Harga Produk’ supaya anda dapat tingkatkan jualan dari kedai online anda.

#7: Promosi, Kupon, Free Gift & Tawaran Bermasa (Countdown Timer)

Berjayaweb Artikel

*Contoh countdown timer

Anda pernah tak melayari Lazada atau Shopee. Mesti anda selalu akan nampak macam-macam promosi dan tawaran-tawaran percuma kan? Yes. Itu lah strategi mereka untuk tarik pelawat untuk datang lagi lepas tinggalkan web tu…

Tambahan anda tak akan senang duduk apabila ada Promotion yang ada Countdown Timer. Timer ini dibuat untuk mewujudkan ‘urgency’ pada sesuatu tawaran. Jadi ini adalah salah satu faktor meningkatkan sales pada jualan website mereka.

.

Okay, itu sahaja 7 sebab pelanggan membeli dari kedai online anda. Kalau anda tengok, point berkaitan harga saya letakkan kat akhir sekali dan bukannya faktor utama. Kalaulah saya nak simpulkan satu sebab kenapa pelanggan membeli online, pelanggan membeli sebab ‘rasa percaya’.

Namun begitu, banyak teknik dan strategi yang kita boleh praktikkan untuk tingkatkan kepercayaan prospek pada bisnes kita. Semoga dengan 6 sebab pelanggan membeli yang saya kongsikan ni boleh jadi 6 teknik dan strategi yang anda boleh praktikkan dalam bisnes anda untuk tingkatkan jualan bisnes e-Commerce walaupun anda jual dengan harga lebih tinggi dari pesaing!

Nah, kepada anda yang masih belum memilik sebuah laman web e-commerce, saya rasakan anda perlu cuba baca pekej e-commerce yang saya rasakan sangat murah. => Baca Di Sini 

Scroll to Top