Berjayaweb.com dalam siaran Akhbar KOSMO!

Pada 19 Disember 2012, pihak KOSMO! telah menemuramah pemilik Berjaya Web iaitu saudara Imran Che Omar. Alhamdulillah, dengan berkat kerja keras selama setahun sahaja, Berjaya Web berjaya di siarkan di dada akhbar. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelawat dan pelanggan yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap Berjaya Web. Terima kasih!  Ingin baca petikan penuh artikel ini?  Klik di sini untuk muat turun keratan penuh

Kerta-KOSMO_Half-copy copyAnak muda ini tidak pernah menyangka bahawa dia akan terlibat dalam bidang pembinaan laman web, apatah lagi menjadi seorang pereka laman berkenan. Bagi Imran Che Omar, 23, dia tidak terfikir untuk ‘membuat duit’ melalui alam maya yang selama ini cukup asing bagi dirinya. Katanya, dia mula membabitkan diri dalam bidang pembinaan laman web setelah melihat beberapa orang rakanya berjaya dalam bidang tersebut. ”Pada peringkat permulaan, saya hanya membuat blog yang mana ia merupakan medan bagi saya untuk mengasah bakat dan belajar teknik asas membuat laman web melalui laman You Tube.

”Setelah empat tahun bergelumang dunia blog, daripada situ saya dapat belajar mengenai mereka bentuk laman web secara lebih mendalam,” katanya kepada Refleks baru-baru ini. Graduan Lepasan Universiti Selangor dalam bidang Pengimejan Perubatan (Diagnostik) itu memberitahu, dia menjalankan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan di rumah sewanya di seksyen 7, Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan harianya.

Menurutnya, dia kisi sedang menyiapkan 18 buah laman web yang sedang dalam pembinaan dan lapan buah lagi masih dalam peringkat rundingan. ”Saya menerima apa sahaja jenis tempahan untuk mereka bentuk laman web, blog dan juga logo. ”Projek terkini, saya sedang buat laman web Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan beberapa lagi syarikat tempatan, ” ujarnya. Harga bagi setiap laman web yang direkanya juga cukup berpatutan dan boleh dirunding mengikut kemampuan dan hendak pelanggan itu sendiri.

Bagi pakej penuh rekaan laman web, harga yang ditawarkan serendah RM288 hingga RM750 mengikut spesifikasi laman web dan blog berkenaan manakala logo pula pada harga bawah RM100. ”Objektif utama saya dalam perniagaan ini adalah satu Malaysia satu laman web bersama.  ”Jadi harga yang ditawarkan saya cukup rendah dan fleksibel yang mana mereka boleh membayar sebanyak mana yang mereka mampu sekiranya tidak mempunyai wang yang cukup” jelasnya.

Imran menggunakan sistem open source yang bermakna pelanggan boleh membuat pembetulan sendiri dan ia lebih mudah. ‘Bagaimanapun, ramai dalam kalangan pelanggan saya tidak pandai gunakan perisian yang spesifik, jadi agak susah bagi mereka untuk membuat sebarang penambahbaikan sendiri” katanya. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan, boleh layari www.berjayaweb.com untuk mengetahui pakej yang ditawarkan atau hubungi terus Imran di talian 013-2560907.

Scroll to Top