Ramai yang beranggapan perlukan modal yang banyak untuk mula dan jalankan bisnes online yang berjaya. Bajet terhad menjadi cabaran besar bagi yang baru bermula.
Bagaimana caranya untuk jalankan bisnes online dengan bajet terhad? Apa yang perlu dilakukan?
Jangan risau! Saya akan terangkan satu persatu supaya anda jelas. So pastikan anda baca artikel ini sampai habis, okay.
Pertama sekali, ini dua asas yang anda perlu faham dan sematkan dalam dada ? :
.
Asas #1: Start small – Mula kecil kecilan dahulu
Mulakan dengan apa yang ada dahulu, apa yang penting anda perlu bermula! Jangan tunggu hingga semuanya perfect.
Buat dengan kapasiti yang ada dan perlahan lahan berkembang, beradaptasi dan buat penambahbaikan dengan perkembangan bisnes online anda.
Jika kita lihat pencapaian syarikat-syarikat gergasi yang berjaya, majoritinya bermula dengan kecil. Contoh paling mudah dan yang selalu kita gunakan setiap hari – Facebook!
Permulaan Facebook 2004 – namanya ialah “TheFacebook” dan ini paparan ketika itu:
Paparan Facebook sekarang sangat jauh berbeza kan? Peningkatan yang sangat ketara. Mark Zuckerberg hanya bermula dari dalam bilik dorm di Harvard University bersama beberapa orang kawan dan rakan sebiliknya.
Hanya bermula dengan laman web untuk tujuan menghubungkan profil rakan sekolah / kolej, akhirnya berkembang hingga ke hari ini menjadi media sosial yang terbesar di dunia dengan features yang diluar jangkaan kita dan menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan. Inilah the power of start small!
.
Asas #2: Tahu keutamaan
Ini berkait rapat dengan asas #1 tadi – start small. Dengan bajet yang terhad, anda perlu senaraikan semua yang anda perlukan untuk jalankan bisnes online anda, dan seterusnya bahagikan mengikut prioriti.
Keutamaan anda ketika ini ialah hasilkan jualan secepat mungkin. Bermaksud anda perlu lakukan marketing dengan strategi yang betul dalam kos yang berpatutan. Jangan mudah hilang fokus dengan aspek bisnes online yang lain.
Selain itu, anda juga perlu tahu keutamaan ilmu yang anda perlukan mengikut peringkat perkembangan bisnes online anda. Elakkan dari ‘info overloaded’ – mendapatkan terlalu banyak info/ilmu hingga menyebabkan anda tak dapat bermula atau teruskan.
Hanya belajar apa yang perlu mengikut perkembangan bisnes online anda, dan aplikasikan secepat mungkin. Tak perlulah terus membeli ebook demi ebook semata mata sebab tak nak terlepas ilmu baru.
Kebanyakannya anda tak perlukan pun pada masa tersebut, dan lagi best, sebenarnya perkongsian di dalam blog saya ini In Sha Allah sudah memadai untuk bantu anda berjaya dalam bisnes online.
.
Apa seterusnya?
Dah faham dua asas tadi? Ok bagus. Seterusnya saya pecahkan kepada tujuh tips dan langkah kecil bersesuaian untuk anda yang ingin jalankan bisnes online dengan bajet terhad.
.
#1: Bisnes dengan minimum stok / tak perlu simpan stok
Tips ini adalah bagi anda yang baru nak mulakan bisnes online dan masih belum ada idea bisnes yang ingin dijalankan.
Saya sarankan anda ‘tapis’ terlebih dahulu idea-idea anda dengan memastikan idea bisnes online tersebut adalah sesuatu yang tidak memerlukan anda untuk beli simpanan stok, atau jika perlu ianya hanyalah stok dalam kuantiti yang kecil.
Kenapa?
Anda mempunyai bajet yang terhad, dan baru je nak bermula. Jika anda terpaksa mengeluarkan sejumlah besar wang untuk modalkan stok yang banyak, wang yang tinggal untuk anda lakukan marketing tinggal berbaki berapa je lagi. Padahal marketing-lah bahagian paling penting untuk anda hasilkan jualan.
Malahan, anda sendiri pun belum pasti stok yang banyak tu boleh habis ke tidak dalam satu tempoh masa yang anda pun tak tahu. Mungkin last sekali terpaksa simpan bawah katil sebab tak habis jual! Anda tak mahu macam tu kan.
.
#2: Kenalpasti keperluan minimum untuk dapat jualan
Bagi anda yang ingin bermula dan sudah pun mulakan bisnes online, tips ini sesuai untuk kedua duanya. Anda harus betul-betul kenalpasti apakah keperluan paling minimum yang anda perlukan untuk dapatkan jualan.
Aspek seperti grafik, branding dan automasi biasanya bukanlah satu keperluan untuk hasilkan jualan. Jadi anda tak perlu bertungkus lumus fikirkan dan labur duit di tempat yang tak perlu.
Tetapi aspek ini juga subjektif mengikut jenis bisnes online yang anda jalankan. Sebagai contoh, jika anda menjalankan bisnes rekabentuk grafik untuk bisnes kecil, semestinya anda perlu menunjukkan imej grafik yang kuat dan cantik supaya dapat menarik minat bakal pelanggan anda.
Bagi kebanyakan jenis bisnes online, aspek yang paling penting dan paling minimum untuk anda hasilkan jualan ialah:
- Bagaimana buatkan bakal pelanggan tahu tentang kewujudan bisnes anda, dan
- Bagaimana buatkan mereka membeli produk anda atau menggunakan servis anda.
Kedua dua aspek ini sangat berkait rapat dengan apa yang bakal saya terangkan seterusnya iaitu strategi marketing anda.
.
#3: Jangan ‘bakar duit’ disebabkan tersilap strategi marketing
Apabila bercakap tentang strategi marketing, yang paling merisaukan saya ialah tersilap strategi. Ya, kesilapan strategi marketing ibarat anda ‘bakar duit’ sia-sia.
Ramai mereka yang baru bermula tersilap langkah menggunakan strategi marketing yang terlampau advance yang tak perlu dan tak sesuai pun dengan peringkat perkembangan bisnes online mereka. Sudahnya mereka sendiri terbeban dengan kos yang merek terpaksa tanggung.
Sebab itulah pentingnya sesuaikan bajet anda dengan strategi marketing yang ingin digunakan.
Khusus bagi yang menjalankan bisnes online dengan bajet terhad, saya sarankan anda mengaplikasi strategi simple marketing plan dalam bisnes anda.
Apa yang anda perlu buat dalam simple marketing plan? Betul ke simple?
Untuk pengetahuan anda, tiada yang simple dalam bisnes, istilah simple ini cuma untuk menunjukkan yang strategi ini adalah antara strategi yang paling asas dan paling mudah berbanding strategi lain yang ada.
(Jika ada sesiapa yang bagitahu anda bisnes adalah mudah dan simple ditambah dengan janji hasil tinggi melangit kepada anda, hati-hati, mereka mungkin sedang atau ingin mengambil duit anda – nak jual sesuatu kepada anda)
Jom saya terangkan bagaimana anda boleh lakukan simple marketing plan ni.
.
#4: Simple marketing plan – faham solusi yang anda tawarkan kepada pelanggan
Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah, faham solusi yang anda tawarkan kepada pelanggan. Ayat yang lebih mudah ialah kenali produk anda, kenali servis anda.
Apa solusi yang anda dapat tawarkan kepada mereka. Cara paling mudah ialah senaraikan sebanyak mungkin kebaikan/kelebihan yang ada pada produk atau servis anda dan kaitkannya dengan kesan positif yang pelanggan anda akan perolehi.
Contohnya jika anda menjalankan bisnes online jual vitamin. Kelebihan vitamin anda mungkin: (ini sekadar contoh)
- Tambah tenaga
- Mengenyangkan
Kaitkan dengan kesan kepada pelanggan: (ini sekadar contoh)
- Tambah tenaga buatkan anda kekal bertenaga sepanjang hari walaupun seharian bekerja,
- Mengenyangkan buatkan anda dapat kawal nafsu makan, makan tak banyak
Apabila anda sudah betul-betul kenal produk / servis anda dan faham solusi yang boleh anda tawarkan, anda sendiri akan rasa lebih yakin untuk menjual. Ini membawa anda ke langkah seterusnya.
.
#5: Simple marketing plan – kenali bakal pelanggan
Seterusnya, anda perlu betul-betul mengenali siapa pelanggan anda. Siapa pelanggan anda? Jika jawapan anda sesiapa pun boleh jadi pelanggan saya. Tuttt! Salah! Ini menunjukkan yang anda sememangnya tak kenal pelanggan anda.
Bagaimana nak kenal pelanggan? Okay, ingat lagi langkah sebelum ini anda memahami produk atau servis anda, ingat?
Bagus. Sekarang cuba kaitkan. Siapa yang memerlukan solusi yang produk atau servis anda tawarkan? Itulah pelanggan anda. Contoh sebelum ini anda menjual vitamin. Soalan yang anda perlu tanya diri anda:
- Siapa yang perlukan vitamin tambah tenaga?
- Siapa yang perlukan vitamin boleh mengenyangkan?
- Apa jantina mereka?
- Berapa umur mereka?
- Apa pekerjaan mereka?
- Apa status perhubungan mereka? sudah berkahwin? bertunang?
- Apa rutin harian mereka?
- Apa minat mereka?
- Apa rancangan tv yang mereka suka tonton?
- Apa masalah yang mereka ingin selesaikan?
- Apa keinginan mereka?
Lagi banyak soalan yang anda dapat keluarkan dan dapat jawab, lagi tepat dan mudah untuk anda lakukan proses seterusnya. Ini menunjukkan yang anda betul-betul mengenali bakal pelanggan anda.
Bagaimana kalau anda tak tahu jawapannya? Paling saya suka ialah, saya bertanya kepada pelanggan sedia ada.
Kalau belum ada pelanggan? Anda boleh buat simple survey khusus untuk mereka yang pernah membeli vitamin yang seakan akan vitamin yang anda jual untuk mendapatkan jawapan tersebut. ?
.
#6: Simple marketing plan – mesej / copywriting kepada bakal pelanggan
Langkah seterusnya ialah anda perlu hasilkan mesej/copywriting untuk sampaikan solusi yang anda tawarkan kepada bakal pelanggan anda.
Caranya ialah dengan menggabungkan kedua dua info yang anda perolehi daripada dua langkah yang anda lakukan tadi.
Sebagai contoh, anda dapat kenalpasti yang pelanggan anda kebanyakkanya ialah lelaki, umur 30-40 tahun, suka mendaki bukit dan masalah mereka ialah cepat penat (ini sekadar contoh).. Jadi anda boleh hasilkan mesej yang seperti ini:
Khas untuk abang-abang hikers (pendaki bukit) yang selalu kepenatan waktu hiking. Vitamin ini dapat bantu anda tambah tenaga dengan cepat untuk anda terus gagah dan habiskan pendakian anda dengan perkasa.
Dan kemudian diteruskan dengan cara untuk mereka dapatkan produk atau servis anda, semudah dengan meletakkan no hp anda, atau jika anda mampu berikan tawaran yang menarik, anda boleh masukkannya sekali.
Jangan lupa masukkan sekali elemen ‘urgency’ supaya bakal pelanggan bertindak cepat.
Contohnya:
Khas untuk abang-abang hikers yang selalu kepenatan waktu hiking. Vitamin ini dapat bantu anda tambah tenaga dengan cepat untuk anda terus gagah dan habiskan pendakian anda dengan perkasa.
Promosi sekarang, dapatkan 1 pack, percuma jam tangan hiking dan penghantaran percuma seluruh Malaysia. Tawaran terhad sementara stok masih ada. Whatsapp saya, Ali – 0102002000
.
#7: Simple marketing plan – medium untuk sampaikan mesej kepada bakal pelanggan
Langkah terakhir ialah anda perlu kenalpasti medium yang tepat untuk sampaikan mesej/copywriting anda tadi kepada bakal pelanggan anda. Apabila sebut medium ramai yang menganggap “buat FB Ads lah, apa lagi!
Saya tak katakan salah, ya FB Ads memang salah satu medium untuk anda sampaikan mesej marketing anda kepada bakal pelanggan anda, tapi bukan hanya FB Ads.
Ada pelbagai medium lain lagi yang sesuai. Contohnya, medium online yang ramai hikers berbincang sama sendiri semestinya FB Group berkaitan hiking, blog berkaitan hiking atau aktiviti lasak, forum berkaitan aktiviti outdoor dan lain-lain lagi.
Medium online bagi setiap produk atau servis berbeza beza mengikut produk atau servis yang anda tawarkan.
Apa yang anda perlu lakukan apabila anda sudah kenalpasti medium-medium online ini?
Semestinya anda perlu iklankan atau sampaikan mesej / copywriting anda tadi, dan ianya ada pelbagai cara mengikut medium masing-masing.
Contohnya:
- FB Ads – anda sememangnya perlu keluarkan kos untuk buat iklan di Facebook,
- FB Group – anda perlu hubungi admin dan tanyakan tenang slot pengiklanan, atau mungkin admin membenarkan iklan percuma tapi secara tidak keterlaluan menjual
- Blog – cara percuma ialah anda boleh komen pada artikel di dalam blog dan sampaikan mesej copywriting anda secara halus, atau cara berbayar anda perlu hubungi admin blog dan bertanyakan tentang slot pengiklanan
- Dan lain-lain yang berkaitan
Yang penting dalam langkah ini ialah anda perlu pastikan yang anda memilih medium yang betul yang di dalamnya mempunyai bakal pelanggan anda, jika anda tersilap memilih medium, anda akan dapati memang sangat sukar untuk anda hasilkan jualan.
.
Kesimpulan
Apa pun yang pasti, ianya tetap memerlukan kos untuk menjalankan bisnes online, cuma anda sendiri boleh tentukan dan sesuaikan dengan bajet terhad anda.
Asasnya ialah mula dengan sedikit dahulu, tahu keutamaan anda mana perlu dan mana yang tak diperlukan buat masa ini.
Yang penting ialah anda perlu pastikan setiap wang yang anda modalkan untuk bisnes online anda adalah bagi keperluan minimum untuk mendapatkan jualan, bukannya untuk branding, automasi dan lain-lain.
Dan untuk memastikan anda tak tersilap langkah ‘terbakar duit’ ketika lakukan marketing, anda boleh aplikasikan simple marketing plan seperti yang saya terangkan sebelum ini, iaitu dengan:
Fahami penyelesaian yang produk / servis anda boleh berikan, kenal siapa bakal pelanggan anda, hasilkan mesej copywriting yang sesuai dan sampaikan mesej anda melalui medium yang tepat dan sesuai.
Ini adalah pendapat peribadi saya tentang bagaimana untuk jalankan bisnes online dengan bajet terhad. Saya harap perkongsian saya di dalam artikel ini dapat meleraikan kekusutan anda yang mempunyai bajet terhad untuk bermula.
Kredit: affiqfadzil
Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan ini untuk membantu anda: