Skip to content

45 TIPS SIMPLE UNTUK TINGKATKAN LIKE FB PAGE

Ramai usahawan online terutamanya yang berniaga di facebook alami masalah untuk tambah bilangan like di FB Page mereka. Liker sangat penting kerana mereka ini akan menjadi prospek yang selalu nampak sebarang post yang anda update di FB Page bisnes anda, so secara mudahnya:

Liker = Prospek = Bakal pelanggan = Sales

Lebih ramai yang like FB Page anda, lebih tinggi peluang anda dapatkan lebih banyak sales! Melalui artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda 45 tips bagaimana untuk anda tingkatkan bilangan likers FB Page bisnes anda.

.

Tips #1 – Invite Friends Anda Untuk Like FB Page Anda

Yup, teknik ni memang dengar macam obselete, tapi ia ialah teknik paling mudah untuk jump start bisnes fb anda supaya ada audience/bakal pelanggan.

Abaikan dahulu dari segi kualiti audience pada peringkat awal ni. For start, volume is a priority.

Caranya mudah je:

1) Login ke fb page anda dan pergi ke bahagian butang “. . .” disebelah butang “Share”
2) Klik “Invite Friends”
3) Akan terpapar nama friends anda, klik butang “Invite”

.

Tips #2 – Buat Contest / Pertandingan

Buat contest dengan tawarkan hadiah yang best (tapi mudah untuk anda sediakan). Contoh, jika anda jual produk kecantikan..tawarkan hadiah produk kecantikan percuma.

Caranya: Post di dalam FB Group yang berkaitan dengan wanita, (wanita obviously suka cantik)

1) Letak gambar hadiah barangan percuma + nama contest

2) Tulis tajuk contest, contoh: Contest PERCUMA 5 Batang Lipstick Jenama ABC

3) Letakkan syarat yang jelas,   Contoh:   – Like post ini,   – Like page ini (letakkan link fb page anda),   – Share post ini,   – Komen “done”Kami akan check korang dah buat kesemua syarat di atas, dan pilih nama secara rawak untuk cari pemenang.

4) Letakkan dateline/tarikh akhir contoh: “Contest ini dijalankan selama 7 hari sahaja bermula x/x/2019 – x/x/2019″

5) Letakkan ayat call to action untuk push ahli group yang berminat untuk bertindak seperti apa yang anda mahukan dalam syarat di atas tadi. Contoh: “Contest start sekarang!”Anda boleh gunakan online random picker untuk pilih pemenang, salah satunya yang percuma ialah: http://www.miniwebtool.com/random-picker/

.

Tips #3 – Beri Kod Kupon Diskaun

Siapa yang tak suka dengan diskaun kan. 

So, tentukan dahulu berapa diskaun yang anda mampu berikan (make sure anda masih untung, ok) Sebagai contoh 10%.

Untuk dapatkan diskaun 10% ini, prospek mestilah berikan kod kupon (yang anda boleh suka-suka reka sendiri, contoh: ADSK10)Dan untuk tebus kod kupon, mereka mestilah LIKE terlebih dahulu FB Page anda.

Caranya lebih kurang macam teknik contest semalam, cuma kali ini, setiap kali selepas prospek komen ‘done’ – maksudnya mereka sudah like FB Page anda, dan share post anda, anda perlu pm mereka dengan berikan kod kupon diskaun 10% tersebut.

Apabila mereka ingin buat pembelian barangan anda dengan diskaun 10%, mereka akan berikan kod tersebut.

Simple je kan. Ini cara manual. Ada juga cara automatik yang anda boleh cari dari apps-apps berbayar di internet.

.

Tips #4 – Setkan Nama FB Page Anda Sebagai Tempat Kerja Anda Di Ruangan “About” Di FB Profile

Friends di dalam FB Profile anda ada potensi untuk klik sebab mereka nak tahu di mana anda bekerja.

Dengan itu, mereka akan sampai ke FB Page anda dan kemungkinan akan jadi Likers FB Page anda juga.

Caranya simple je.– Pergi ke bahagian “About” di FB Profile anda,– Pilih “Place Of Employment”– Taip nama FB Page andaStraight forward kan,

.

Tips #5 – Page Cross Promotion

Cara ini mudah dilakukan bila anda ada lebih dari 1 FB Page.Contoh anda ada FB Page A dan B.

Buat 1 post di dalam FB PageA dengan promosikan FB Page B. Tuliskan apa yang FB Page B is all about, dan kelebihannya..contoh: harga murah dari pasaran, atau kualiti tiptop dalam servis xxx.

Dan sedikit Call To Action meminta audiens di FB Page A supaya klik LIKE FB Page B.Jika anda hanya ada 1 FB Page, anda boleh buat cara ini dengan contact admin FB Page lain yang aktif dan tanyakan tentang slot post iklan. 

.

Tips #6 – Kenal Audiens Anda

Bila anda betul-betul kenal audiens anda, lebih mudah untuk anda hasilkan content post yang lebih sesuai dengan mereka.

Secara tak langsung, mereka lebih cenderung untuk share post anda, dan lebih mudah untuk anda mendapatkan likers FB Page baru.

Macam mana nak kenal audiens anda?

Simple. Gunakan FB Insight. Masuk ke dalam Page Admin, dan klik Insight.

Di sini anda akan dapat melihat data demografik audiens anda, so mudah untuk anda brainstorm idea untuk hasilkan content post yang sesuai dengan umur dan jantina mereka.

.

Tips #7 – Gunakan Ayat Call To Action Suruh Like FB Page Anda

Ni paling mudah, tapi ramai yang terlepas pandang.Kalau anda tak suruh orang like FB Page anda, mereka tak akan like.

So make sure anda kerap-kerap ingatkan friends anda, member group FB yang anda join, even member group Whatsapp & Telegram yang anda join suruh mereka like FB Page anda.

.

Tips #8 – Beri sesuatu bermanfaat/bernilai sebagai pertukaran dengan Like

Ini idea lain yang lebih kurang macam contest sebelum ini.Berikan sesuatu contohnya ebook free, kupon diskaun, tips free, dan apa-apa yang anda rasa boleh datangkan manfaat untuk audiens anda.

Caranya post offer ni kat FB Profile dan FB Group yang berkaitan. Dan minta orang yang dah like FB Page anda pm anda, kemudian anda reply dengan berikan apa yang anda janjikan. Simple je.

.

Tips #9 – Jemput Mereka Yang Berada Di Dalam Email Contact Anda

Anda semestinya ada email provider yang anda gunakan untuk daftar Facebook kan. Mungkin anda gunakan samada Gmail atau Yahoomail. Saya yakin anda save email-email yang selalu berhubung dengan anda di dalam list contact email.

So apa yang anda boleh buat ialah, tulis email pendek untuk invite mereka like FB Page anda.

Yang terbaik ialah mesej pendek, padat disertai dengan link ke FB Page, contohnya:

Salam, hai (nama kawan anda)

Saya baru sahaja lancarkan satu FB Page bernama Strategi Marketing XXX yang mana saya akan kongsikan banyak tips dan eksperimen marketing saya, khususnya teknik copywriting dan close sales. Saya sangat hargai kalau anda dapat lawati dan LIKE FB Page saya, so anda akan lebih mudah nampak perkongsian dari saya nanti, InsyaAllah saya yakin, anda akan dapat banyak manfaatnya.

Ini link ke FB Page yang saya maksudkan: https://www.fb.com/strategimarketingxxx

Terima kasih,
Nama Anda

Tapi anda perlu hati-hati, sebab Gmail hanya benarkan 1 email dihantar ke 99 penerima sahaja, dan sehari hanya dihadkan hingga 2000 penerima email.

.

Tips #10 – Guna Facebook Page Plugin

Kalau anda ada laman web sendiri, dengan mudahnya anda boleh tarik pelawat laman web anda supaya like FB Page anda dengan menggunakan Facebook Page Plugin ini. Plugin ini dihasilkan sendiri oleh pihak Facebook, ianya mudah digunakan.

Nak install plugin ini memang sangat-sangat simple, semuanya diterangkan oleh pihak Facebook di sini – https://developers.facebook.com/docs/plugins/page-plugin

.

Tips #11 – Gunakan Facebook Badge

Ini lagi satu plugin yang Facebook sediakan, sangat mudah untuk gunakannya. Dengan Facebook Badges anda boleh letakkan badge FB Profile anda di laman web anda.

Anda boleh buat badge FB Profile anda di laman yang Facebook sediakan ini – https://www.facebook.com/badges/

.

Tips #12 – Gunakan Fungsi Status Tagging

Teknik ini boleh menarik minat friends yang nampak status anda, supaya klik nama FB Page anda, sekaligus meningkatkan potensi untuk mendapat lebih banyak like di FB Page anda.

Caranya simple je. Dalam status FB ada, taipkan ‘@’ dan diikuti nama page anda

.

Tips #13 – Post Content Yang Orang Suka Viralkan

Salah satu post yang orang suka viralkan ialah Infografik. Jangan lupa letakkan watermark pada gambar infografik tersebut, dan jangan lupa letakkan juga link ke FB Page anda di dalam bahagian tulisan.

Buat post infografik tersebut di FB Page anda, kemudian anda sendiri perlu share post tersebut di mana-mana group releven yang berkaitan.

Orang lebih cenderung untuk share post yang telah dishare oleh orang lain sebelumnya. Jadi setiap kali bila ada orang share post tersebut, secara tidak langsung mereka akan sampai juga ke FB Page anda kerana di dalam post tersebut, ada link ke FB Page anda. 

.

Tips #14 – Dapatkan Servis Naikkan Like Page

Anda boleh juga gunakan servis like page yang ada ditawarkan oleh usahawan di dalam Facebook.

Nak cari mereka mudah sahaja, simply taipkan “servis naikkan like page” dalam ruangan search box Facebook. Nanti anda akan jumpa beberapa orang yang melakukan servis ini.

.

Tips #15 – Hubungkan FB Page Dengan Twitter Anda

Anda boleh tarik followers di Twitter anda untuk jadi liker FB Page anda dengan cara ini. Teknik ini akan buatkan post anda di FB Page akan nampak di Twitter juga, dan akan ada link balik semula ke FB Page anda.

Kadang-kadang ada post di FB Page anda tak sesuai untuk audience di Twitter, so cara terbaik ialah anda perlu pilih sama ada post tersebut nak dipaparkan di Twitter anda atau tidak setiap kali anda hasilan post di FB Page.

.

Tips #16 – Benarkan Fans Anda Tag Nama Mereka Pada Gambar 

Teknik ini terbaik untuk anda yang selalu anjurkan apa-apa event yang melibatkan fans anda. Ambil banyak gambar anda dan fans ketika event tersebut, dan upload gambar tadi di dalam FB Page anda.

Kemudian bagitahu fans anda untuk tag nama mereka sendiri di dalam gambar tersebut, ini akan membuatkan post gambar tersebut akan terpapar di FB Profile mereka juga, jadi secara tak langsung anda akan dapat trafik baru dari friends fans anda.

.

Tips #17 – Pastikan Komen Pada Blog Anda Selari Dengan Facebook

Teknik ini membenarkan sesiapa sahaja walaupun bukan fan atau liker anda komen pada blog anda. Caranya ialah anda perlu install plugin yang diberi nama Facebook Commenting Plugin. Facebook sudah sediakannya secara percuma di link ini -> https://developers.facebook.com/docs/plugins/comments

Apa yang best dengan plugin ini ialah, setiap kali pembaca blog anda komen pada blog post anda, komen mereka juga turut akan terpapar di news feed mereka sebagai status. Oh, jangan lupa letakkan link FB Page anda pada bahagian “URL to comments” untuk pastikan nama FB Page anda terpapar pada newsfeed mereka yang komen tadi.

Secara tak langsung friends mereka akan nampak status tadi, so anda akan dapat trafik baru dan berpotensi mendapat liker baru.

Contohnya seperti yang saya install di bawah ini, anda boleh cuba komen dan kemudian lihat di FB Profile anda. 

.

Tips #18 – Pasang Facebook Like Button

Ini teknik paling mudah untuk tarik pelawat laman web atau pembaca blog anda supaya like FB Page anda.

Anda hanya perlu install Like Button di dalam laman web atau blog post anda. Cara untuk install Like Button ini juga mudah dan ianya sememangnya sudah disediakan oleh Facebook. Anda boleh lihat cara install di link ini: https://developers.facebook.com/docs/plugins/like-button

Contoh Like Button yang saya install seperti di bawah. Anda boleh cuba klik “LIKE” 

.

Tips #19 – Gunakan Media Offline & Tradisional

Cara terbaik untuk meningkatkan like FB Page anda adalah dengan menggunakan apa sahaja saluran yang dibenarkan.

Semestinya yang paling terbaik ialah saluran mainstream & offline, antaranya iklan di surat khabar, iklan radio, iklan televisyen, papan iklan billboard, dan paling cost efektif ialah flyers.

.

Tips #20 – Promosi Melalui Email Newsletter

Jika anda menggunakan Email Marketing sebagai salah satu cara memasarkan produk, anda boleh cuba letakkan link ke FB Page anda pada setiap hujung email yang anda blast kepada subscribers/list prospek anda.

Anda boleh letakkan link direct ke FB Page dan sedikit ayat Call To Action meminta mereka like, atau boleh juga letakkan ikon FB Like, terpulang kepada kreativiti anda menghasilkan email tersebut.

Tips #21 – Beri Komen Yang Positif (Sebagai FB Page) Kepada FB Page Lain

Teknik ini sangat bagus untuk exposed FB Page anda kepada bakal target audience anda. Caranya anda hanya klik pada bahagian anak panah di bahagian atas kanan profile, pilih nama FB Page anda.

Kemudian, turut serta dalam mana-mana perbualan dan perbincangan di dalam FB Page lain yang ada persamaan niche dengan FB Page anda, jangan lupa tinggalkan komen yang positif dan sedikit added value dengan tuliskan tips pendek atau apa-apa info yang boleh membantu audience di dalam perbincangan tersebut.

Secara tak langsung, audience yang membaca pendapat anda akan kenal FB Page anda, dan respect anda sebagai FB Page yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut, lebih tinggi potensi untuk anda mendapat trafik baru dan liker baru.

Tips #22 – Masukkan Nama FB Page Di Dalam Bisnes Kad

Teknik simple ini ramai yang terlepas pandang. Tapi anda tahu tak setiap orang yang menerima bisnes kad anda mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk check it out link FB Page yang anda berikan di dalam bisnes kad anda.

So lepas ni jika anda tempah design bisnes kad, jangan lupa sertakan sekali link ke FB Page anda.

Tips #23 – Gunakan QR Code

Berbanding meletakkan link FB Page yang panjang di bisnes kad, flyers dan online poster anda, QR Code adalah alternatif yang lebih mudah. Orang hanya perlu scan QR Code anda menggunakan QR Code Generator yang mudah didapati hampir dalam semua jenis smartphone.

Anda boleh hasilkan QR Code untuk FB Page anda sendiri secara percuma di laman web ini: QRStuff dan Kaywa 

Tips #24 – Komen Pada Blog Yang Relevan

Ya, teknik oldskool ini masih lagi boleh digunakan hingga ke hari ini. Layari blog-blog yang sama niche dengan blog dan FB Page anda.

Tinggalkan komen positif dan sedikit added value seperti tips ringkas untuk buatkan pembaca blog lain tertarik dengan ilmu dan info yang anda kongsikan. Jangan lupa letakkan ayat Call To Action meminta mereka like FB Page anda di akhir komen.

Secara tak langsung anda dapat bina kredibiliti anda, dan FB Page anda berpeluang untuk menerima lebih ramai liker yang berkualiti.

Tips #25 – Upload Video Ke Dalam FB Page Anda

Video biasanya mendapat lebih banyak engagement di Facebook. Terutamanya video unik yang anda hasilkan sendiri. Hasilkan video yang sesuai dengan audience anda, dan upload di dalam FB Page anda.

Share post video tersebut di dalam FB Group yang bersesuaian. Orang yang menonton video tersebut cenderung untuk share juga kerana mereka lihat ada orang yang share sebelum ini.

Secara tak langsung, video anda lebih mudah menjadi viral, selain itu anda berpotensi mendapat trafik baru dan liker baru yang semakin bertambah.

Tips #26 – Guna URL/Username Facebook Yang Mudah Diingati

Hasilkan URL/Username FB Page dengan nama yang unik dan mudah diingati oleh prospek anda. Anda boleh hasilkannya dengan:

1- Masuk ke dalam FB Page anda
2- Pergi ke bahagian “About”
3- Klik pada bahagian “Username (Create Page @username)”
4- Masukkan username yang mudah diingati dan unik
5- Klik butang “Create Username”

set username fb page
username fb page

Tapi ingat, apabila anda tetapkan URL/Username Facebook, anda tak boleh ubah lagi. Make sure anda tak tersilap.

Apa yang bagusnya memiliki URL/Username Facebook yang unik dan mudah diingati – Audience mudah mencari FB Page anda, dan jika anda berikan content yang bagus, mereka mudah untuk warwarkan FB Page anda kepada rakan-rakan mereka hanya dengan berikan URL unik FB Page yang anda hasilkan. So semakin tinggi potensi untuk mendapat liker baru.

Tips #27 – Pastikan Rekabentuk Grafik Kelihatan Profesional

Upah designer untuk hasilkan logo, dan timeline cover bagi FB Page anda. Saiz FB timeline cover yang terbaik ialah: 851 x 350 pixels.

Lagi bagus kalau setiap content anda yang mengandungi gambar, anda gunakan juga khidmat designer untuk hasilkannya juga. Tetapi jika anda kekurangan bajet, anda boleh cuba design sendiri dengan menggunakan software mudah. Powerpoint pun boleh hasilkan design jika anda kreatif.

Rekabentuk yang kelihatan profesional secara tak langsung buatkan audience anda sentiasa ingat ‘trademark’ FB Page anda, dan menarik minat fans dan liker baru.

Tips #28 – Letakkan Watermark Pada Grafik & Video

Watermark adalah salah satu teknik untuk brandingkan content anda, samada grafik (gambar, infografik, quote) dan video.

Anda boleh letakkan watermark pada gambar dengan mudah menggunakan software grafik seperti Photoshop, atau jika anda tiada kemahiran menggunakan software grafik, anda boleh gunakan Power Point. Ya, semudah itu! Jika anda mahukan yang mempunyai banyak template gambar yang menarik, anda boleh gunakan software grafik online seperti Stencil, anda ada pilihan untuk guna yang percuma atau pakej berbayar.

Untuk watermark pada video pula anda boleh gunakan Camtasia atau ScreenCast-O-Matic

?

Pada watermark tersebut, tuliskan URL FB Page anda, jadi audience yang melihat grafik dan menonton video tahu yang content tersebut adalah dari FB Page anda. Dan apabila content anda tadi mendapat share dari audience, dengan mudahnya anda akan mendapat trafik dan liker baru. 

Tips #29 – Minta Pelanggan Sedia Ada Like FB Page Anda

Aha! Jika anda dah ada ramai pelanggan yang membeli produk atau menggunakan servis anda, jangan pelik ada antara mereka yang belum like FB Page anda tau.

Ini perkara biasa sebab kadang-kadang ada pelanggan yang tak sabar untuk terus membeli, dan mereka terlupa like FB Page anda.

So paling mudah ialah, follow up pelanggan tadi dengan cara yang mereka gunakan untuk order produk anda, samada melalui FB Pm atau Whatsapp, ingatkan mereka supaya like FB Page anda untuk memudahkan mereka dapat perkembangan terkini, atau mungkin anda boleh aturkan diskaun istimewa untuk mereka.

Tips #30 – Promosikan Setiap Blog Post Anda Kepada Fans/Liker

Idea teknik ini ialah kita mahu dapatkan kuasa leverange trafik dari fans/liker sendiri. Caranya anda perlu hasilkan blog post di blog anda secara konsisten. Pastikan content yang anda hasilkan memberi manfaat kepada fans anda dan membantu mereka.

Setiap kali anda selesai hasilkan blog post, promosikan link blog post tersebut di dalam FB Page anda. Fans anda yang berminat akan pergi ke blog post tersebut, dan apabila mereka merasakan content tersebut bagus & bermanfaat, mereka akan share blog post tersebut. Oh, pastikan anda pasang juga FB Share Button di setiap blog post.

Apabila mereka share, secara tak langsung anda akan mendapat trafik berkualiti baru dan fan/liker anda akan bertambah dengan mudah.

Tips #31 – Selalu Semak Aktiviti Yang Tingkatkan Pertambahan Like

Semestinya dalam setiap aktiviti yang anda lakukan terutamanya dalam mengembangkan audience/prospek untuk bisnes, anda tak dapat lari dari melakukan tracking / semakan.

Sentiasa semak perkembangan dan pertambahan liker FB Page anda setiap kali sebelum dan selepas anda lakukan apa-apa teknik untuk tambahkan like FB Page.

Anda boleh semak dengan mudah di bahagian Facebook Insight

Dengan melihat data di platform tersebut anda dapat tahu teknik atau aktiviti yang mana menyumbang kepada pertambahan liker dengan cepat dan banyak, jadi anda boleh fokus kepada teknik tersebut dan scale up untuk pertambahan yang lebih banyak.

Tips #32 – Gunakan Social Share Button

Dengan memasang Social Share Button di dalam setiap blog post juga boleh mendapatkan extra trafik ke FB Page anda.

Tetapi dengan syarat anda perlu pastikan anda juga memasang FB Page Plugin (Tips #10) dan FB Like Button (Tips #17). Jadi apabila ada pembaca blog anda share content blogpost anda dengan klik pada Social Share Button, friends atau followers mereka samada di Facebook atau Twitter akan nampak, dan mereka pula akan pergi ke blog post anda tadi.

Selepas mereka membaca blog post anda, mereka nampak FB Page anda, secara tak langsung mereka cenderung untuk klik like dan jadi likers anda pun semakin bertambah.

Contoh Social Share Button adalah seperti yang saya pasang pada bahagian kiri atau bawah (mobile) artikel ini. Saya menggunakan Shareaholic untuk hasilkan butang-butang comel tersebut.

Tips #33 – Update Post Secara Konsisten

Post yang konsisten dan berkualiti dalam FB Page sangat penting untuk memastikan fans anda sentiasa ingat akan bisnes atau brand anda.

Post sekurang kurangnya 2 kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Tetapi jika lebih dari 2 kali lagi bagus untuk meningkatkan engagement (like, komen, share).

Jika anda tak sempat untuk menulis post sehari 2 kali, anda boleh gunakan fungsi Schedule di dalam setiap post, untuk jadualkan siap-siap post anda. Contohnya esok anda ada urusan dan anda memang tahu ana tak sempat buat posting esok, jadi malam ini anda boleh schedule-kan terlebih dahulu post untuk esok, anda boleh pilih pada berapa haribulan dan pukul berapa untuk paparkan post tersebut. Mudah kan.

Dengan update post berkualiti secara konsisten, fans anda akan sentiasa ingatkan pada bisnes dan brand anda, sekaligus mereka akan rekemenkan FB Page anda kepada friends mereka. Semakin tinggilah potensi untuk anda menambahkan bilangan likers.

Tips #34 – Anjurkan Pertandingan “Fans Of The Month”

Fans anda for sure akan happy bila namanya dianugerahkan “Fans Of The Month” dan dapat memenangi hadiah. Contest seperti ini akan membuatkan fans anda engage (like, komen, share) dengan lebih banyak.

?

Anda mungkin boleh anjurkan pertandingan fans yang membawa paling banyak fans baru, akan dinobatkan Fans Of The Month dan diberi hadiah istimewa. Ini membuatkan fans/liker anda akan bertambah dengan pantas! 

Tips #35 – Promosi FB Page Anda Pada Signature Forum

?

Teknik evergreen ini dari dulu hingga sekarang masih lagi berkesan.  Jika anda aktif berbincang dalam mana-mana forum, inilah masanya untuk leverage trafik yang ada di dalam perbincangan forum tersebut.

Simply letakkan link FB Page anda pada ruangan signature forum. Anda boleh buat ayat ringkat seperti ini:

Join Saya Di FB Page: Affiq Fadzil Internet Marketer

Jadi apabila setiap kali anda post komen di dalam kolum forum tersebut, di bahagian bawah komen, akan terpapar link ke FB Page anda.

Semakin aktif anda berbincang dan suarakan pandangan di dalam forum, semakin naik kredibiliti anda, dan semakin tinggi peluang untuk anda mendapat lebih ramai liker baru untuk FB Page anda.

Tips #36 – Promosi FB Page Anda Pada Signature Email

Teknik ini hampir serupa dengan teknik promosi melalui signature forum tadi. Anda hanya perlu setkan signature untuk email anda, letakkan link FB Page anda, then you are good to go!

Setiap email yang anda hantar dan anda reply selepas ini, penerima email tersebut akan nampak paparan link ke FB Page anda. Anda berpotensi untuk mendapat liker baru dari orang yang anda berhubung melalui email.

Tips #37 – Sentiasa Tambah Friends Anda Di Facebook Profile

Kembali kepada manual. Lebih ramai friends yang anda ada di dalam friendlist FB Profile, lebih tinggi potensi untuk anda bawa mereka masuk sebagai likers FB Page anda.

Gunakan salah satu feature yang disediakan oleh Facebook iaitu “Find Your Friends Tools” untuk mencari friends yang relevan dengan niche anda.

Tips #38 – Buat Cabutan Bertuah & Hadiahkan Cenderahati Terpapar Nama FB Page Anda

Teknik ini memerlukan anda keluarkan sedikit modal untuk print nama FB Page anda di atas tshirt atau cap(topi) atau mug malahan pen dan buku nota.

Ianya terpulang kepada budget anda, apa yang penting berkenaan idea ini, anda mahu fans anda mempromosikan FB Page anda apabila dia berada di luar rumah. Lagi sekali kita menggunakan kuasa leverage.

Tips #39 – Cross Promotion Dengan Admin FB Page Lain

Sebelum ini saya terangkan cross promotion untuk FB Page anda sendiri (bagi yang mempunyai lebih dari 1 FB Page). Kali ini cross promotion dengan FB Page dari admin lain pula.

Anda perlu hubungi admin FB Page yang sama niche dengan anda, suarakan hasrat untuk cross promotion. Terangkan yang ianya bagus untuk kedua-dua pihak untuk pertambahan trafik dan liker.

Tips #40 – Design Cover Photo Mempunyai CTA Like

Audience yang baru sampai ke FB Page anda tak tahu apa yang mereka perlu buat selain baca post-post anda.

Dengan menghasilkan rekabentuk cover timeline atau cover photo yang mempunyai Call To Action (arahan) menyuruh mereka klik like page, mereka akan ikut saranan anda. Tapi pastikan deifn tersebut sesuai dan profesional.

Tips #41 – Sertakan Link FB Page Anda Dalam Setiap Blog Post

Ingat lagi tak dalam Tips #29 saya ada cadangkan anda sentiasa promosikan blog post anda kepada fans? Ok, secara mudahnya apabila anda promosikan blog post kepada fans anda, mereka akan baca blog post tersebut dan jika content anda bagus, mereka akan share (dengan syarat anda perlu pasang Social Share Button).

Cara yang lebih mudah ialah, anda boleh letakkan link FB Page anda pada setiap penghujung blog post untuk galakkan pelawat yang sampai ke blog post anda tadi sampai juga akhirnya ke FB Page anda dan seterusnya menjana liker baru.

Tips #42 – Online Banner Promosikan FB Page 

Selain mengupah designer menghasilkan rekabentuk cover photo dan timeline cover, anda boleh juga upah designer untuk hasilkan online banner mempromosikan FB Page anda untuk diletakkan dibahagain sidebar blog anda.

Pastikan designer menghasilkan design yang cantik dan profesional untuk menarik minat pembaca blog anda supaya klik iklan banner dan like FB Page anda.

Tips #43 – Letakkan Link FB Page Pada Bahagian Menu Di Blog 

Mungkin teknik ini ramai yang terlepas pandang. Dengan meletakkan link FB Page anda pada bahagian Menu di dalam blog anda, anda akan mendapat trafik extra ke FB Page.

Biasanya pelawat atau pembaca blog akan melihat Menu yang ada di blog, so inilah masanya untuk anda gunakan kesempatan tersebut.

Tips #44 – Hasilkan Merchanise FB Page Anda

Tempah merchandise seperti tshirt, topi, landyard, pen, mug dan berbagai lagi yang mempunyai nama FB Page anda. Anda boleh pakai dan gunakan di mana-mana sahaja dan berikan kepada ahli keluarga, saudara dan pelanggan anda untuk mereka gunakan sekaligus mempromosikan FB Page anda secara tak langsung.

Tips #45 – Cetak Penanda Buku, Kalendar & Sampul Duit Raya Dengan QR Code FB Page

Anda boleh berikan penanda buku dan kalendar ini kepada pelanggan anda sebagai free gift ketika pos barangan mereka.

Daripada berikan sampul duit raya yang hanya terpapar design suasana raya semata-mata, lebih baik anda leverage dengan meletakkan QR Code FB Page anda. Dalam masa yang sama anda dapat menjana trafik dan liker baru.

Kredit: affiqfadzil

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan ini untuk membantu anda:

Adakah perkhidmatan kami sesuai kepada anda dan ingin bekerjasama?

Anda mencari harga yang berpatutan dan servis yang bagus.
Perlukan pakar laman web yang berpengalaman.
Sanggup mencapai big goals perniagaan anda walau apa cara sekali pun.  

Jika anda menjawab YA semua di atas, bermakna kita sesuai bekerjasama. Mereka laman web memang mudah, tetapi membina laman web yang berimpak untuk perniagaan anda yang paling penting. Sekarang, pilihan di tangan anda…
Rapidova Technology (002548494-P)
Suite 10-4,4th Floor,Prima BIZWALK Business Park, Jalan Tasik Prima 6/2, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.

Covid-19 tidak menghalang urusan kami. Jom tempah slot Online Consultation secara PERCUMA sekarang. Sesi 15 minit juga dibuka sekarang.

Booking Slot Online Meeting

Pertanyaan Segera?

Jom, hubungi kami sekarang untuk rundingan dan sebut harga. Nak tanye je pun boleh!