Skip to content

Kepentingan Punyai Web / Blog Sendiri!

2 soalan ini tidak boleh di pandang ringan oleh sesiapa pun yang bergelar usahawan ataupun ahli perniagaan. Oleh kerana itu, jika kalian bukan terdiri dari usahawan dan ahli perniagaan, maka kalian bolehlah mansuhkan entri ini sebagai bahan bacaan.

Tapi jika kalian adalah orang yang ingin membina empayar perniagaan, teruskanlah pembacaan kerana mungkin ada sesuatu yang boleh merubah pandangan kalian kepada dunia online. Kalau tidak semua, maybe satu dari apa yang di tulis di sini dapat membuatkan minda kalian berfikir dari skop yang berbeza… harapnya begitulah.

Siapakah usahawan dan siapakah ahli perniagaan (peniaga)?

Tak kisah siapa sebenarnya 2 golongan ini. Walaupun ada perbezaan, tetapi terdapat satu persamaan yang kita semua tahu. 2 golongan ini mempunyai satu corak pemikiran yang sama, mencari “duit lebih” ataupun “bisnes”.

Jangan salah sangka. Statement di atas tidak bermakna orang yang makan gaji tidak suka duit lebih, tetapi cara yang di gunakan oleh mereka berbeza. Contohnya seperti ni:

Usahawan dan peniaga lebih suka mencari duit lebih dengan menjual servis/perkhidmatan. Manakala orang yang makan gaji lebih suka mengejar overtime.

Tujuannya sama tetapi kaedahnya berbeza. Berbeza dari segi jumlah outcome di akhir bulan. Ertinya, orang yang makan gaji pasti akan menerima gaji di hujung bulan… tetapi orang yang berniaga belum tentu lagi jumlah income’nya.

Tapi please… jangan skeptikalkan pemikiran dengan mengatakan “orang berniaga ni memang best… masyuk”. Sebab orang yang berniaga sendiri pun ada yang berkata “best betul kerja makan gaji ni, tau tau hujung bulan je dapat salary”.

Jadi jangan di bezakan di antara keduanya. Nampak sahaja berniaga kedai makan itu “loaded” tapi cubalah berniaga… rasa dulu persaingan dan juga modal harian yang di keluarkan. Aku dah berniaga lama dah, semua tu dah takleh nak elak. Sampai satu masa, jangan kata gaji sendiri… gaji budak cuci pinggan pun kantoi.

Dan jangan di katakan kerja makan gaji itu seronok, sebab tiba satu masa… akan rasa susah nak buat duit lebih. Sebab takde overtime dari company ataupun claim lambat masuk.

Bila tiba situasi macam ni, apa yang perlu di buat?

Of courselah istilah “nak cari duit lebih” akan terpacul keluarkan?
Masa inilah kita perlu lihat kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri/syarikat sendiri.

Okay.
Kita ada butik, kita ada salon, kita ada kedai makan/restoran, kita ada perkhidmatan mengandam, kita ada bridal, kita ada spa, kita ada homestay sendiri… tapi kita tidak meletakkan semuanya di dalam talian (online)!

Alangkah ruginya jika kita telah melaburkan berpuluh ribu ringgit untuk perniagaan tetapi yang tahu hanyalah saudara mara dan rakan taulan terdekat. Tidak berbaloi rasanya mempunyai spa yang cantik, butik yang mewah tetapi tidak menunjukkannya dengan jelas melalui laman web!

*hey… orang sekarang layari internet/laman web dari handphone jelahhh…!!

Sekarang cuba lihat situasi ini.
Kita kerja sebagai seorang kerani yang gajinya kecil (makan gaji). Duit sentiasa tak cukup. Dalam masa yang sama, kita tahu yang kita mampu untuk menjual insurans, kita mampu untuk menjadi part timer unit trust fund officer, kita sedar yang kita boleh mengajar orang komputer, kita yakin dengan kebolehan menjahit sendiri dan kita tahu yang kita boleh buat tuisyen di rumah (walaupun pada hujung minggu).

Kita malah boleh buat cup cakes yang sedap tapi disebabkan kurangnya pendedahan, kita tidak perasan kelebihan promosi melalui talian (online). Seronoknya kalau kita mempunyai cup cakes yang sedap dan berjaya di jual melalui laman web. Sebaliknya, kita akan rugi jika cup cakes kita tu dikatakan TERBAIK… tapi HANYA sekadar di puji oleh teman sekerja sahaja!

Jadi jika kita mempunyai perkhidmatan dan juga produk yang boleh di jual, sediakanlah laman web yang ringan untuk di buka (fully loading) dan mudah untuk di lawati oleh orang lain. Website yang mahal sampai RM4-5 ribu belum tentu bagus… sebaliknya website yang ringan untuk di buka adalah lebih penting.

Berniaga secara online ini sebenarnya bukanlah mengenai “pembayaran secara online” sahaja. Kalau itu yang di fikirkan, alangkah dangkalnya pemikiran kita.

Maksudnya?

Maksudnya berniaga secara online ini sebenarnya sama sahaja dengan perniagaan biasa (offline). Cuma kita ni sahaja yang TIDAK PERCAYA dan TIDAK YAKIN dengan potensi perniagaan sendiri. Sebab itulah kita tak pernah nak ambil tahu dan tak pernah nak membuka fikiran mengenai dunia online.

Dalam kebanyakan kes, kita pula yang letakkan LIMITATION pada perniagaan sendiri dengan mengatakan “aku dah berniaga bertahun-tahun, takde apa pun… okay je”.

Malangnya kalau kita berfikiran seperti ini kerana jika kita mempunyai laman web, itu tidak sesekali menutup corak perniagaan yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun. Bukannya ada laman web bermakna kita kena tutup kedai. Berniagalah seperti apa yang telah di lakukan selama ini, cuma tambah satu lagi bentuk pemasaran… iaitu online.

Kesimpulannya, jika benar limitation itu ada dalam perniagaan kita, itu bermakna kita yang memandang rendah dengan perniagaan kita sendiri!

Mengapa?
Sebab dalam dunia online, TIADA ISTILAH LIMIT!!

Siapa yang rajin promosi, dialah yang akan mendapat outcome yang tinggi. Even KERAJAAN MALAYSIA pun tidak boleh menghalang kita berniaga di internet, apatah lagi untuk menyekat perniagaan yang kita lakukan (legal).

Begitu juga dengan mereka yang sekadar menjadi salesman jual kereta secara part time. Dari penat membawa bakal pembeli kereta ke kedai kereta (buang masa, tenaga dan juga duit), lebih baik tackle dulu hati bakal pembeli itu dengan gambar dan juga spesifikasi kereta itu melalui laman webnya sendiri.

*iya… kenapa? tak percaya? salesman jual kereta pun boleh ada laman web sendirilah…!!!

Duduk di kedai mamak, dan bawa sahaja laptop… tunjukkan padanya gambar kereta tersebut, termasuklah interiornya sekali. Bukan ke kita ada digital camera?

Atau sebelum jumpa, tunjukkan gambar kereta itu di laman web kita terlebih dahulu. At least, boleh menjimatkan masa kita dan juga masa dia. Hati pelanggan harus di layan dengan sempurna. Lebih banyak option dan kesenangan yang dapat kita beri, lebih selesalah dia dengan kita.

Mengapa BLOG?
Sebab bloglah yang akan menyokong semua info yang ada dalam laman web. Blog jugalah tempat untuk membuktikan segala-galanya. Segala bukti, testimonial dan juga proof dapat ditunjukkan dengan TELUS tanpa sebarang prejudis.

Laman web adalah satu platform untuk menunjukkan kredibiliti diri/syarikat sendiri. Dan blog pula adalah platform yang akan membenarkan semua yang di katakan di laman web.

  • Minggu lepas butik kita di kunjungi oleh Mawi dan Ekin, jadi masukkanlah gambar dan cerita tersebut di dalam blog. Ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan baru untuk datang membeli di butik kita. Cool kan?
  • Anak jiran yang mengikuti tuisyen kita mendapat keputusan yang baik… letakkanlah video testimonial dari ibu bapa mereka di blog kita. Barulah ada ummph dan dapat menarik ibu bapa lain untuk menghantar anaknya untuk tuisyen dengan kita!
  • Pengantin yang mendapatkan khidmat andaman dan bridal terlalu suka dengan servis dan juga design pakaian serta solekan kita. Biarkan mereka luahkan di dalam blog kita… baru ada style!
  • Perniagaan homestay kita agak merudum, buatlah promosi lain dari yang lain… tidur 2 malam, PERCUMA 1 malam lagi. Harga jangan di kurangkan.. tapi berikan satu hari tambahan. Tapi kalau buat promosi mulut ke mulut… sampai ke mana? atau siapa yang tahu? Letakkan nya di blog… dan promosikannya. Baru best!

Jadi sekarang nampak tak di mana relevannya laman web dan juga blog?

p/s: pernah bertanya dalam hati mengapa AirAsia pun ada mempunyai blog sendiri? hehe

Adakah perkhidmatan kami sesuai kepada anda dan ingin bekerjasama?

Anda mencari harga yang berpatutan dan servis yang bagus.
Perlukan pakar laman web yang berpengalaman.
Sanggup mencapai big goals perniagaan anda walau apa cara sekali pun.  

Jika anda menjawab YA semua di atas, bermakna kita sesuai bekerjasama. Mereka laman web memang mudah, tetapi membina laman web yang berimpak untuk perniagaan anda yang paling penting. Sekarang, pilihan di tangan anda…
Rapidova Technology (002548494-P)
Suite 10-4,4th Floor,Prima BIZWALK Business Park, Jalan Tasik Prima 6/2, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.

Covid-19 tidak menghalang urusan kami. Jom tempah slot Online Consultation secara PERCUMA sekarang. Sesi 15 minit juga dibuka sekarang.

Booking Slot Online Meeting

Pertanyaan Segera?

Jom, hubungi kami sekarang untuk rundingan dan sebut harga. Nak tanye je pun boleh!