Dalam pembinaan laman web, hosting boleh diibaratkan sebagai “tapak rumah”, manakala laman web boleh diibaratkan sebagai “rumah”.
Hosting = tapak rumah
Laman web = rumah
So untuk pastikan “rumah” kita tak terjejas disebabkan tanah runtuh atau banjir, mestilah kita kena cari “tapak rumah” yang baik kan. Begitu jugalah dengan laman web dengan hosting.
Untuk pastikan laman web tak terjejas perlulah pastikan hosting yang digunakan adalah yang terbaik.
Dalam artikel kali ni saya akan kongsikan dengan anda 9 tips untuk memilih hosting yang terbaik dan sesuai dengan keperluan anda. Jom mula!
.
#1. Kelajuan Paling Utama
Yup, speed! Kelajuan adalah perkara pertama yang menentukan samada hosting tersebut bagus atau tidak.
Pembaca, prospek atau bakal pembeli tak suka tunggu loading time yang lama ketika membuka satu-satu laman web.
Berdasarkan kajian, kebiasaannya pengguna internet tak akan tunggu laman web loading melebihi 3 saat! Lebih 3 saat, mereka terus tutup laman web anda, anda kehilangan prospek!
So anda perlu pastikan yang hosting yang anda pilih mengutamakan kelajuan. Penyedia hosting yang mengutamakan kelajuan mempunyai ciri-ciri ini:
.
#1. Menyediakan sekali servis Content Delivery Network (CDN) tanpa cas tambahan
CDN boleh diibaratkan mini server yang berada di lokasi tertentu seluruh dunia untuk pastikan laman web anda dapat diakses dengan laju tanpa masalah, tak kira dari mana sahaja orang layari laman web anda.
Dengan CDN, kelajuan laman web anda boleh ditingkatkan hingga 3 kali ganda berbanding biasa.
.
#2. Hosting yang menggunakan server Solid State Drive (SSD)
Server SSD menghasilkan laman web yang lebih laju kerana mekanisma pembacaan datanya menggunakan ‘integrated circuit’ berbanding teknologi server terdahulu – hard disk drive (HDD) menggunakan ‘mechanical arm’
Hosting yang menggunakan server SSD terbukti meningkat 300% kelajuan laman web berbanding server HDD.
Untuk pastikan kedua dua ciri ini, anda boleh lihat pada apa yang ditawarkan oleh penyedia hosting, atau boleh juga terus hubungi livechat support mereka.
.
#2. Tempoh Uptime 99%
‘Uptime’ ialah tempoh masa sesuatu server hosting tersebut beroperasi. Uptime yang bagus bagi sesuatu hosting sepatutnya ialah 99% dan ke atas.
Apabila sesuatu server hosting terus beroperasi, bermaksud laman web anda pun turut beroperasi. Dengan kata lain, apabila ada prospek melawat laman web anda, mereka dapat lihat laman web anda.
Anda dan saya sendiri pun tak sanggup kehilangan prospek disebabkan mereka tak dapat buka atau layari laman web kita kan, jadi pastikan uptime hosting yang bakal anda pilih melebihi 99%.
.
#3. Support Yang Responsif
Saya tak dapat nafikan, sejak dari hari pertama saya mula melanggan hosting, saya sudah pun menghubungi support hosting tersebut.
Support yang diberikan oleh hosting provider haruslah responsif – pantas, mesra dan menunjukkan kepakaran mereka dalam menyelesaikan masalah.
Paling mudah untuk tahu samada support sesuatu hosting tersebut bagus atau tidak, anda boleh cuba hubungi support atau live chat sebelum melanggan.
Cuma tanya beberapa soalan, dan lihat apa respon mereka, dan dalam masa berapa lama mereka respon. Bagi saya support hosting yang bagus & pakar sepatutnya:
- Menyapa anda dengan menulis/menyebut nama anda dalam lingkungan 30 saat
- Dapat respon soalan anda kurang dari 1 minit
- Boleh bantu anda betulkan aspek teknikal di dalam hosting anda dengan pantas
- Jika mereka tak bantu betulkan pun, mereka berikan link panduan atau terangkan langkah demi langkah / cara detail bagaimana anda boleh lakukan sendiri (dengan pantas)
- Mampu memberikan livechat support 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari tak kira masa dan hari (sebab anda pun tak tahu bila anda akan alami masalah kan)
Untuk kebaikan anda yang tengah membaca artikel ini saya perlu jujur, dari pengalaman saya sendiri kebanyakan syarikat hosting lokal (dalam Malaysia) tak dapat berikan support yang memuaskan hati saya. Bukan semua tak bagus, tapi kebanyakannya agak mengecewakan.
Jadi, hati-hati dalam mempercayai kebolehupayaan support yang diberikan, anda boleh cuba dahulu hubungi support mereka, dan nilai sendiri samada anda berpuas hati atau tidak.
.
#4. Dipercayai – Skor Tinggi Dalam TrustPilot
Mungkin #4 ni yang anda nak tahu sangat kan. ? Okay, untuk pengetahuan anda, TrustPilot ni ialah satu laman web yang mengumpulkan feedback dan review beribu ribu pengguna bagi apa sahaja servis dari pelbagai syarikat dan pelbagai bidang.
Melalui TrustPilot mudah untuk anda baca sendiri komen dan respon dari pengguna sebenar samada mereka berpuas hati atau tidak dengan hosting yang mereka gunakan.
Caranya semudah taipkan nama hosting yang anda ingin lihat reviewnya.
Perhatikan 3 perkara penting ini:
- Memiliki TrustScore 9.5 hingga 10
- Diberi review keseluruhan 5 bintang hijau
- Dilabel ‘Excellent’ oleh TrustPilot
Anda boleh buat perkara yang sama untuk semak penyedia hosting yang lain atau hosting yang anda gunakan sekarang.
.
#5. Keselamatan Maksimum
Seperti yang anda tahu, Google meletakkan simbol “i” dan dilabel “Not secure” (paparan laptop/desktop) bagi laman web yang tiada SSL (tiada “https”)
Anda mesti tak nak ini berlaku pada laman web anda kan. Saya sendiri pun kurang percaya terhadap laman web yang tiada https ni. Kerana itu menunjukkan yang laman web tersebut tidak selamat, ada kemungkinan data anda akan dicuri, sekaligus membuatkan kredibiliti laman web kurang meyakinkan.
Cuba anda lihat perbezaan dengan laman web yang dipasang SSL – https
Selain itu, aspek lain seperti perlindungan dari serangan hackers dan malware juga perlu anda titik beratkan.
Penyedia hosting yang mengutamakan keselamatan laman web pelanggan, akan berikan:
- Percuma pemasangan SSL certificate untuk semua laman web anda supaya url laman web anda menjadi ‘https’
- Percuma firewall, perlindungan dari malware dan spam, dan scan malware secara harian. (DDos level protection)
- Malah ada penyedia hosting turut memberikan servis pembuangan malware jika laman web anda di-hacked secara percuma.
.
#6. Backup Secara Automatik
Kita sebagai pemilik laman web sepatutnya perlu lakukan backup sendiri secara berkala bagi setiap laman web kita. Ianya berguna apabila laman web anda mengalami masalah dan semua file dan database hilang dan anda perlu ‘restore’ semula kesemuanya.
Tetapi kadangkala kita lupa untuk backup, atau kadang-kadang kita sudah pun setkan automatik backup tetapi ruang untuk backup pula tak mencukupi.
Tak semua penyedia hosting memberikan servis backup secara automatik ini. Bagi saya aspek ini sangat penting, dan perlu jadi salah satu keutamaan ketika anda memilih hosting terbaik.
.
#7. Kemudahan Email Domain Sendiri
Kalau sebelum ini biasanya kita menggunakan servis email dari gmail, yahoomail dan lain-lain lagi untuk pelbagai urusan.
Anda boleh buat email domain anda sendiri dengan mudah di dalam fungsi pengurusan hosting anda, sebagai contoh di dalam CPanel. Penyedia hosting yang bagus biasanya menyediakan fungsi ini tanpa sebarang kos tambahan.
.
#8. Servis Migration Secara Percuma
Jika anda seperti saya, sudah mempunyai laman web sendiri sebelum ini, tapi mengalami masalah dan ingin bertukar ke hosting yang baru, anda sangat memerlukan servis ini.
Migration bermaksud pihak hosting baru bantu anda memindahkan semua file dan database laman web anda dari hosting lama ke hosting baru tanpa sebarang gangguan (laman web anda masih boleh diakses ketika proses dilakukan).
Tak semua hosting menyediakan servis ini secara percuma. Paling penting tak semua hosting dapat lakukannya dengan cepat.
.
#9. Jangan Tertipu Dengan Istilah ‘Unlimited’
Pelbagai pakej menarik yang ditawarkan oleh penyedia hosting di luar sana. Tapi awas! Jangan tertipu dengan istilah unlimited! Bagi saya unlimited bermaksud tiada had, saya rasa anda juga sama kan. Tapi betulkah unlimited?
Pengalaman saya menguruskan laman web beberapa orang client sebelum ini menunjukkan yang istilah unlimited ni digunakan hanya semata mata untuk tujuan marketing. Ayat mudah, mereka ditipu! (Dan saya pun rasa tertipu dengan hosting saya sebelum ini)
Unlimited space, unlimited website, unlimited subdomain dan pelbagai lagi, sebenarnya tak logik. Setiap pakej yang ditawarkan walaupun yang paling mahal sekalipun, semestinya ada hadnya, lagi-lagi space (ruang untuk penyimpanan).
Dan jika ruang ini penuh, anda nak tambah website baru, nak tambah subdomain.. tak akan dapat dilakukan dan akan ada masalah.
Hatta nak upload satu gambar masuk ke dalam laman web anda pun akan ada error. Dan ini sediki sebanyak memberi kesan kepada kelajuan laman web anda pula.
Bagi saya, penyedia hosting yang baik adalah yang jujur memaparkan apa yang anda akan dapat dan berapa had sepatutnya mengikut pakej tanpa mengorbankan perkara paling penting – kelajuan!
.
Akhir kata..
Saya recap balik 9 perkara penting yang perlu anda perhatikan dan ambil kira sebelum memilih hosting untuk laman web anda:
- Utamakan kelajuan – memiliki CDN & server SSD
- Uptime 99%
- Support yang responsif 24/7/365
- Skor tinggi & label excellent dalam TrustPilot
- Keselamatan maksimum – percuma SSL, DDos protection
- Backup laman web anda automatik
- Kemudahan email domain sendiri
- Servis migration percuma
- Awas dengan istilah ‘unlimited’
Dan jika anda mahukan saranan saya tentang hosting terbaik, ini cadangan saya:
Hosting yang memiliki kesemua ciri-ciri yang saya terangkan tadi, sangat pentingkan aspek kelajuan laman web WordPress anda, serta memerlukan support pantas dari pihak hosting tak kira masa dan ketika.
Jika anda lebih mengutamakan harga mampu milik, dalam masa yang sama masih menjaga ciri-ciri penting yang lain (walaupun tak setanding WPX Hosting, tetapi masih boleh diterima): cadangan saya ialah Server Freak.
Tetapi apa pun, ianya terpulang kepada anda. Nasihat saya, pilih dengan bijak dan fikirkan untuk jangka masa panjang .
Kredit: affiqfadzil
Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan ini untuk membantu anda: