Ada produk tetapi tidak tahu cara bina sales page, susun ayat, setup checkout atau sambungkan payment gateway? Serahkan proses reka bentuk dan sistem jualan kepada BerjayaWeb.
Seluruh Malaysia • Proses 100% online • BerjayaWeb sejak 2012
Untuk satu produk atau satu tawaran utama.
Upah buat sales page bermaksud anda menyerahkan kerja reka bentuk, susunan kandungan, setup produk, checkout dan bayaran online kepada penyedia servis yang menguruskan semuanya untuk anda.
Anda sediakan maklumat produk, gambar, harga dan bukti. Kami uruskan susunan halaman, sistem order, checkout dan payment gateway sehingga sales page sedia digunakan.
Upah lebih sesuai apabila anda mahu fokus pada produk dan pemasaran, tetapi tidak mahu membuang masa mempelajari perkara teknikal dari awal.
Anda mahu terus berniaga tanpa mengambil masa lama belajar WordPress, checkout dan payment gateway.
Anda tidak mahu pening dengan plugin, sistem order, shipping dan ujian pembayaran.
Anda sudah ada produk dan mahu sales page siap untuk promosi dalam masa yang lebih teratur.
Buat sendiri mungkin jimat kos awal, tetapi upah penyedia servis boleh menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan teknikal.
Kami membina sales page sebagai satu aliran jualan yang menghubungkan halaman fokus, sistem e-dagang, e-mel dan follow-up pelanggan.
Kami bantu mengubah maklumat asas produk menjadi halaman jualan dan sistem order yang lebih tersusun.
Kami kemaskan headline, manfaat, bukti, tawaran dan CTA.
Kami bina paparan yang kemas, profesional dan mesra telefon.
Kami setup produk, pelanggan, order dan checkout.
Kami bantu sambungkan payment gateway yang dipersetujui.
Kami tetapkan caj penghantaran mengikut skop pakej.
Kami semak paparan, butang, order dan aliran pembayaran.
Selepas sales page siap, anda akan menerima akses ke dashboard e-dagang untuk mengurus produk, pesanan, pelanggan, kupon, stok, pembayaran serta laporan jualan asas.
Sales page yang baik bukan sekadar panjang. Setiap bahagian mempunyai fungsi tersendiri — menarik perhatian, membina keyakinan, menjawab keraguan dan mengarahkan pelanggan kepada tindakan.
Tidak semua produk menggunakan tindakan akhir yang sama. CTA boleh diarahkan kepada pilihan pakej, borang pendaftaran, proses checkout atau WhatsApp mengikut objektif jualan anda.
Pelanggan melalui aliran yang jelas daripada melihat tawaran, membuat bayaran dan menerima pengesahan transaksi.
Selepas pelanggan klik CTA, mereka akan dibawa ke halaman bayaran untuk memilih kaedah pembayaran. Semua transaksi kemudian direkodkan dan boleh dipantau melalui dashboard merchant.
Proses dibuat secara online dan langkah demi langkah supaya mudah diikuti.
Kami fahami produk, sasaran dan matlamat jualan.
Anda serahkan gambar, harga, manfaat dan testimoni.
Kami susun reka bentuk, ayat dan sistem jualan.
Kami semak paparan, order dan pembayaran.
Sales page diterbitkan dan akses admin diberikan.
Beritahu kami produk yang anda jual. Kami akan semak sama ada Pakej Sales Page RM1,299 sesuai dengan keperluan anda.
Jawapan ringkas sebelum anda menyerahkan projek kepada penyedia servis.
Upah buat Sales Page + E-Commerce BerjayaWeb ialah RM1,299 untuk satu produk atau satu tawaran utama.
Termasuk reka bentuk sales page, susunan kandungan asas, setup produk, order, checkout, payment gateway, shipping asas, invois dan laporan jualan.
Anggaran biasa ialah 7 hingga 14 hari bekerja selepas semua bahan dan maklumat payment gateway lengkap diterima.
Boleh. Kami membantu menyusun dan mengemas ayat berdasarkan bahan yang anda beri. Copywriting penuh dari kosong boleh melibatkan caj tambahan.
Anda boleh mula memohon semasa projek berjalan. Kelulusan, caj dan syarat penggunaan tertakluk kepada penyedia payment gateway.
Ya. Akses admin WordPress diberikan supaya anda boleh menguruskan produk, pelanggan, order dan laporan jualan asas.
Tidak. Pakej ini fokus kepada pembinaan sales page dan sistem jualan. Pengurusan Facebook Ads, Google Ads atau TikTok Ads adalah skop berasingan.
Tidak. Sales page membantu menerangkan produk dan memudahkan pembelian, tetapi hasil jualan turut bergantung pada produk, harga, tawaran, trafik dan strategi pemasaran.