Sales page bukan sekadar cantik. Ia perlu membantu pelanggan faham produk, percaya pada tawaran dan tahu apa yang perlu dibuat seterusnya. BerjayaWeb menggabungkan reka bentuk, kandungan dan sistem jualan dalam satu page.
Seluruh Malaysia • Proses 100% online • BerjayaWeb sejak 2012
Untuk satu produk atau satu tawaran utama.
Pereka sales page menyusun visual, kandungan dan butang tindakan supaya pelanggan mudah memahami tawaran. Untuk sales page e-commerce, pereka juga perlu memahami aliran produk, order, checkout dan pembayaran.
Pereka yang baik perlu menyeimbangkan visual, kejelasan mesej, bukti, pengalaman mobile dan proses pembelian.
Tajuk, gambar, manfaat dan harga perlu mempunyai susunan yang jelas.
Pelanggan mesti cepat faham produk, siapa yang sesuai dan apa manfaatnya.
Butang order, checkout dan bayaran perlu mudah ditemui dan digunakan.
Jangan pilih berdasarkan gambar cantik sahaja. Semak sama ada penyedia memahami objektif jualan dan sistem yang diperlukan.
Pereka perlu bertanya tentang produk, sasaran dan tawaran.
Susunan page perlu membawa pelanggan langkah demi langkah.
Majoriti pelanggan membaca melalui telefon.
Checkout, order dan pembayaran perlu berfungsi dengan betul.
Harga, bahan, tempoh dan caj tambahan perlu diterangkan.
Page jualan yang berfungsi memerlukan gabungan kemahiran reka bentuk, komunikasi dan teknikal.
Susun elemen supaya mata pelanggan tahu apa yang penting.
Hubungkan headline, manfaat, bukti, harga dan CTA.
Pastikan setiap bahagian mudah dibaca melalui skrin kecil.
Setup produk, order, checkout dan status pelanggan.
Sambungkan kaedah bayaran dan uji aliran transaksi.
Gunakan struktur heading, alt text dan kandungan yang jelas.
Servis ini sesuai untuk pemilik bisnes yang mahu hasil lebih teratur tanpa perlu menguruskan semua perkara teknikal sendiri.
Sudah ada produk dan mahu satu halaman khusus untuk menjual.
Mahu melancarkan produk dengan satu tawaran yang lebih fokus.
Mahu hantar trafik Facebook, Google atau TikTok ke satu page.
Mahu fokus kepada produk dan pemasaran, bukan teknikal website.
BerjayaWeb menguruskan projek secara online dan membina website sejak 2012.
Pereka sales page bukan hanya menyusun rupa halaman. Setiap elemen visual, kandungan, CTA, checkout dan pengurusan order perlu dihubungkan dalam satu aliran yang mudah difahami pelanggan.
Selepas sales page siap, produk, order, pelanggan, pembayaran dan laporan jualan asas boleh dilihat melalui dashboard e-commerce.
Susunan visual dan kandungan bergerak daripada headline, masalah dan manfaat kepada bukti, tawaran, CTA dan tindakan membeli.
Butang tindakan boleh membawa pelanggan kepada pilihan pakej, borang, checkout produk atau WhatsApp mengikut objektif jualan.
Selepas pelanggan klik CTA, mereka perlu melalui checkout dan pembayaran dengan langkah yang jelas serta mudah digunakan.
Pereka perlu memastikan setiap langkah visual membawa pelanggan kepada tindakan seterusnya tanpa mengganggu proses pembelian.
Kongsi maklumat produk anda. Kami akan semak sama ada Pakej Sales Page + E-Commerce RM1,299 sesuai dengan keperluan projek.
Jawapan ringkas sebelum memilih pereka untuk projek anda.
Pereka sales page memberi fokus kepada satu produk, satu tawaran dan satu tindakan utama. Mereka perlu memahami susunan kandungan, CTA, checkout dan perjalanan pelanggan.
Pakej Sales Page + E-Commerce BerjayaWeb ialah RM1,299 untuk satu produk atau satu tawaran utama.
Ya. Kemasan dan susunan asas dibuat berdasarkan bahan yang anda sediakan. Copywriting penuh dari kosong boleh melibatkan caj tambahan.
Ya. Sales page dibina responsive supaya paparan lebih kemas pada desktop, tablet dan telefon.
Setup asas checkout dan payment gateway termasuk dalam pakej. Kelulusan serta caj transaksi tertakluk kepada penyedia bayaran.
Anggaran biasa ialah 7 hingga 14 hari bekerja selepas semua bahan dan maklumat payment gateway lengkap diterima.
Boleh. Sales page boleh digunakan sebagai destinasi Facebook Ads, Instagram Ads, Google Ads atau TikTok Ads bergantung pada strategi kempen.
Tidak. Jualan turut dipengaruhi oleh produk, harga, tawaran, bukti, trafik, iklan dan keyakinan pelanggan.