Copy, paste dan save jadi lebih cepat.
Kalau anda selalu guna Ctrl+C, Ctrl+V, Ctrl+X, Ctrl+A dan Ctrl+S, software ini tukarkan numpad laptop anda menjadi butang shortcut mudah.
Shortcut biasa kadang-kadang lambat dan leceh.
Bila kerja banyak, tangan kerap bergerak antara mouse, keyboard dan shortcut. Lama-lama rasa lambat, terutama untuk kerja copy, paste, save dan select all.
Jadikan numpad sebagai pusat shortcut.
Dengan Numpad Hotkey Plus, anda boleh guna nombor 1 hingga 6 pada numpad untuk akses shortcut penting dengan lebih cepat.
Download percuma
Pasang sekali sahaja. Selepas itu Numpad Hotkey Plus akan hidup automatik setiap kali Windows dibuka.
Download Numpad Hotkey PlusKeperluan sistem
Klik setiap item di bawah untuk lihat keperluan software dalam paparan komputer.
Windows 10 / Windows 11
Software ini dibina untuk pengguna Windows. Sesuai untuk laptop atau desktop yang menggunakan Windows 10 dan Windows 11.
RAM 2GB ke atas
Numpad Hotkey Plus sangat ringan dan berjalan di system tray tanpa membebankan komputer.
Kurang daripada 10MB
Saiz fail kecil. Mudah download, mudah install dan tidak mengambil ruang simpanan yang besar.
Mesti ada Numpad fizikal
Software ini hanya sesuai untuk laptop atau keyboard yang mempunyai Numeric Keypad / Numpad. Jika tiada numpad, hotkey tidak dapat digunakan.
Tidak perlukan internet
Selepas dipasang, software boleh digunakan secara offline. Tiada login, tiada akaun dan tiada sambungan internet diperlukan.
Admin hanya semasa install
Kebenaran administrator diperlukan semasa pemasangan dan uninstall sahaja. Untuk penggunaan harian, software berjalan seperti biasa di system tray.
Mudah. Cepat.
Download dan install
Buka fail ZIP yang telah dimuat turun, extract semua fail dan jalankan installer seperti biasa.
Pastikan Num Lock OFF
Apabila Num Lock ditutup, butang numpad bertukar daripada nombor biasa kepada hotkey produktiviti.
Kerja dengan satu sentuhan
Gunakan numpad untuk Select All, Cut, Copy, Paste, New Line dan Save tanpa perlu menekan kombinasi Ctrl.