BerjayaWeb menyediakan servis sales page dari reka bentuk hingga sistem jualan. Kami bantu menyusun kandungan, setup produk, checkout, bayaran, shipping dan laporan supaya anda boleh mula menjual secara online.
Seluruh Malaysia • Proses 100% online • BerjayaWeb sejak 2012
Untuk satu produk atau satu tawaran utama.
Servis sales page merangkumi reka bentuk halaman jualan, susunan kandungan, paparan mobile, setup produk, order, checkout, payment gateway, shipping, invois dan laporan jualan asas.
Setiap bahagian disusun supaya pelanggan mudah memahami produk dan proses pembelian lebih lancar.
Susun atur profesional yang disesuaikan dengan produk, bahan dan identiti jenama.
Kemasan asas untuk headline, manfaat, bukti, harga, FAQ dan CTA.
Sales page dibina responsive supaya mudah dibaca dan digunakan melalui telefon.
Masukkan produk, harga, variasi dan maklumat asas untuk proses pembelian.
Pelanggan boleh mengisi maklumat, memilih produk dan meneruskan pembelian.
Integrasi asas pembayaran online tertakluk kepada penyedia dan kelulusan.
Tetapan caj penghantaran asas mengikut skop yang dipersetujui.
Lihat jumlah order, transaksi dan prestasi jualan asas melalui dashboard.
Servis ini menggabungkan kandungan, reka bentuk dan fungsi e-commerce supaya semuanya berada dalam satu aliran yang lebih tersusun.
Daripada membaca hingga membuat order dalam satu perjalanan yang jelas.
Setiap bahagian disusun supaya mudah dilihat melalui skrin kecil.
Maklumat order dan pelanggan disimpan melalui sistem.
Pelanggan boleh melengkapkan pembayaran secara terus.
Anda boleh menguruskan produk, pelanggan dan order sendiri.
Struktur heading, alt text dan kandungan asas disusun dengan lebih jelas.
Proses dibuat secara online dan bergerak daripada semakan produk hingga serahan akses.
Kami fahami produk, sasaran dan tawaran anda.
Anda serahkan gambar, harga dan maklumat produk.
Kami susun kandungan dan reka bentuk.
Kami setup produk, order dan checkout.
Kami semak paparan dan aliran pembayaran.
Sales page diterbitkan dan akses diberikan.
Sesuai untuk bisnes yang sudah mempunyai produk dan mahu satu page khusus untuk menerangkan tawaran serta menerima order online.
Makanan, kosmetik, pakaian, produk rumah dan barangan pengguna.
Ebook, template, toolkit, rakaman dan bahan muat turun.
Webinar, bengkel, kelas online dan program pembelajaran.
Pelancaran produk, pre-order, bundle dan kempen bermusim.
Fungsi tambahan boleh diberikan sebut harga berasingan berdasarkan skop projek.
Servis kami tidak berhenti pada reka bentuk halaman. Kandungan, produk, checkout, pembayaran dan pengurusan order disambungkan dalam satu sistem supaya perjalanan pelanggan lebih jelas dan mudah diurus.
Selepas servis siap, anda boleh melihat produk, pesanan, pelanggan, pembayaran dan laporan jualan asas melalui dashboard e-commerce.
Kami menyusun bahagian utama supaya pelanggan bergerak daripada perhatian, kefahaman dan keyakinan kepada tindakan membeli.
Butang tindakan boleh membawa pelanggan kepada pilihan pakej, borang, checkout produk atau WhatsApp mengikut objektif projek.
Selepas pelanggan membuat keputusan, sistem membawa mereka melalui checkout, pilihan pembayaran dan proses transaksi.
Kami menyusun aliran ini supaya pelanggan mudah meneruskan pembelian dan pemilik bisnes boleh memantau transaksi melalui dashboard.
Kongsi produk dan keperluan anda. Kami akan semak sama ada Pakej Sales Page + E-Commerce RM1,299 sesuai untuk projek tersebut.
Jawapan ringkas tentang skop servis dan fungsi yang disediakan.
Termasuk reka bentuk sales page, susunan kandungan asas, paparan mobile, setup produk, order, checkout, payment gateway, shipping, invois dan laporan asas.
Pakej Sales Page + E-Commerce BerjayaWeb ialah RM1,299 untuk satu produk atau satu tawaran utama.
Kemasan dan susunan asas dibuat berdasarkan bahan yang anda sediakan. Copywriting penuh dari kosong boleh melibatkan caj tambahan.
Setup asas payment gateway termasuk. Kelulusan akaun, caj transaksi dan syarat penggunaan tertakluk kepada penyedia bayaran.
Domain dan hosting tahun pertama boleh disediakan mengikut skop pakej dan jenis domain yang dipersetujui.
Anggaran biasa ialah 7 hingga 14 hari bekerja selepas semua bahan dan maklumat payment gateway lengkap diterima.
Ya. Akses admin WordPress diberikan supaya anda boleh mengurus produk, pelanggan, order dan laporan jualan asas.
Tidak. Pakej ini fokus kepada pembinaan sales page dan sistem jualan. Pengurusan iklan ialah skop berasingan.