Latar Belakang Syarikat

BERJAYAWEB adalah jenama perkhidmatan di bawah syarikat kami Rapidova (002548484P) yang mana telah menjadi permintaan syarikat SME di Malaysia dan individu yang mana memerlukan bantuan dalam teknologi maklumat dan pemasaran atas talian.

Kami berbangga kerana dapat membantu banyak syarikat di Malaysia, terutamanya dalam pembinaan laman web sejak 2012 dan permintaan yang semakin meningkat setiap hari.

BERJAYAWEB telah memulakan perkhidmatannya pada tahun 2012 di bawah nama perniagaan Imran Niaga Enterprise (SA0234933-A) sebelum nama perniagaan di tukar  kepada Rapidova. BERJAYAWEB telah menjalani perkhidmatanya selama 7 tahun dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya di Malaysia.

Perkhidmatan utama syarikat adalah pembinaan laman web syarikat, laman web eCommerce dan sistem yang berkaitan.

“Sepanjang perkhidmatan kami, pelanggan kami terdiri daripada pelbagai sektor perniagaan dan agensi. BERJAYAWEB pada asalnya ditubuhkan atas dasar membantu usahawan kecil dan sederhana untuk mendapatkan blog perniagaan untuk memasarkan perniagaan mereka” – Imran Omar, Pengasas Berjayaweb

BERJAYAWEB kemudian mendapat tempat dalam carian Google dan ramai pelanggan berminat mendapatkan perkhidmatan BERJAYAWEB. Atas faktor permintaan tinggi untuk laman web korporat dan eCommerce, kedua-dua jenis perkhidmatan ini kemudianya dibuka untuk tempahan.

Pada 2012, BERJAYAWEB menjadi pilihan wartawan media Kosmo untuk meletakkan kisah di sebalik nama pemilik BERJAYAWEB kepada masyarakat. (Ikuti kenyataan akhbar di sini).

Sekarang, BERJAYAWEB di bawah nama Rapidova bergerak ke depan dalam menganjurkan kursus-kursus yang memberi tumpuan pembangunan laman web dan pemasaran online. Syarikat berharap usaha akan membantu lebih banyak usahawan memiliki laman web mereka sendiri disamping dapat meningkatkan hasil jualan serta menjimatkan ribuan ringgit dari segi laman web yang berkaitan dengan teknikal.

Mengapa Pelanggan Memilih Kami?

Kepakaran kami adalah untuk membantu usahawan baru dan berpengalaman dalam perniagaan dengan memiliki laman web profesional, untuk menyerlahkan pasaran dan produk syarikat kepada orang awam, tempatan dan antarabangsa tanpa perlu pening memkirkan masalah teknikal permasaran Google yang rumit.

  1. Syarikat Dipercayai
    Kami telah disiarkan di KOSMO! pada 2012 sebagai usahawan dalam talian dalam pembinaan laman web.
  2. Harga istimewa
    Kami masih mengekalkan harga yang berpatutan kerana itulah prinsip asal kami ditubuhkan untuk membantu usahawan memiliki laman web perniagaan.
  3. Masa yang tepat
    Masa untuk sesuatu projek sangat penting untuk pelanggan dan perniagaan syarikat. Kami mengambil berat tentang masa siap sesuatu projek laman web.
  4. Kejujuran Perniagaan
    Atas kejujuran dalam urusan, telah membantu kami bertahan sejauh ini walaupun banyak rundingan adalah dari jarak jauh dan hanya dalam talian.
  5. Perundingan Profesional
    Setiap perundingan awal dan invois rasmi akan diberikan. Maklumat disediakan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek tanpa sebarang halangan dan salah faham pelanggan.
  6. 7 tahun pengalaman
    Sejak tahun 2012 kami telah beroperasi, pelbagai konsep dan permintaan pelanggan telah kami terima. Ini menjadikan kami benar-benar tahu apa yang anda mahukan.
  7. Bantuan Selepas Jualan
    Bantuan berterusan kami diberikan jika pelanggan mempunyai masalah dengan pengurusan web, sistem dan sebagainya.
WOW! UPAH BINA WEB MURAH? LIHAT PAKEJ >
+