TENTANG BERJAYAWEB

Berjaya Web merupakan sebuah jenama perkhidmatan di bawah syarikat kami Rapidova (002548484P) telah menjadi permintaan syarikat SME di Malaysia dan individu yang memerlukan bantuan teknikal dalam teknologi maklumat dan pemasaran online. Kami berpuas hati kerana dapat membantu hampir syarikat khususnya dalam pembinaan laman web sejak tahun 2012 dan peningkatan permintaan semakin bertambah setiap hari.

Berjayaweb telah memulakan langkah perkhidmatannya bermula pada tahun 2012 di bawah nama perniagaan Imran Niaga Enterprise (SA0234933-A) sebelum nama perniagaan tersebut di jenamakan semula kepada Rapidova Enterprise .Kini, Berjayaweb telah berusia 5 tahun berpengalaman dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Malaysia. Perkhidmatan utama syarikat adalah pembinaan laman web korport dan eCommerce serta sistem berkaitan.

Sepanjang perkhidmatan, pelanggan kami terdiri dari pelbagai sektor perniagaan dan agensi. Berjayaweb asalnya ditubuhkan atas dasar membantu usahawan kecil dan sederhana bagi mendapatkan blog perniagaan untuk memasarkan perniagaan mereka.

Berjayaweb kemudianya semakin mendapat tempat di carian Google dan ramai pelanggan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Berjayaweb. Atas dasar permintaan laman web korporat dan eCommerce yang ramai, perkhidmatan pembinaan dua jenis web tersebut kemudianya dibuka untuk tempahan. Pada tahun 2012, Berjayaweb menjadi pilihan wartawan akhbar Kosmo bagi menempatkan kisah disebalik nama pemilik Berjayaweb kepada masyarakat. (Ikuti kerataan akhbar di sini).

Kini, Berjayaweb dibawah nama Rapidova Ent. mengorak langkah setapak ke hadapan dalam penganjuran kursus berfokuskan pembinaan laman web. (Ikuti kursus yang di jalankan di sini). Syarikat dengan penuh harapan agar usaha yang dilakukan membantu lebih ramai ushawan memiliki laman web sendiri, meningkatkan hasil jualan dan sekali gus menjimatkan kos ribuan ringgit dalam hal teknikal berkaitan laman web.

Kami sangat mementingkan kejujuran dalam urusan memandangkan 80% urusan atas talian merupakan sedikit cabaran kepada syarikat dan pelanggan. Namun, pengalaman beberapa tahun ini telah mematangkan kami dalam menyelesaikan segala tugasan dan Alhamdulillah, kami mampu bertahan sehingga kini 2017.

1 syarikat 1 laman web

Membantu memasarkan perniagaan usahawan ke peringkat global.

Membantu semua golongan ushawan yang punyai modal rendah dan sederhana mampu memiliki laman web sendiri dan punyai ilmu pemasaran perniagaan yang baik.

Pada tahun 2018, syarikat kami sedang merancang dalam penganjuran kursus pembinaan laman web korporat dan ecommerce ke seluruh Malaysia.

Golongan sasaran kami untuk dibantu adalah seperti berikut:-

  • Web Korporat: Syarikat swasta dan kerajaan, institut pendidikan dan individu yang berminat untuk menjadikan servis pembinaan web korporat sebagai pendapatan sampingan.
  • Web eCommerce: Pemilik produk dan individu yang berminat untuk menjadikan servis pembinaan web eCommerce sebagai pendapatan sampingan.

Matlamat penganjuran kursus ini adalah memberi pendedahan dengan cara mudah faham kepada semua peringkat umur bagaimana mereka mampu membina web profesional dan teknik pemasaran online dilakukan sekali gus dapat menjimatkan kos ribuan ringgit.

Kenapa Berjayaweb Menjadi Pilihan?

Kepakaran kami adalah membantu usahawan yang baru berjinak dan yang telah berpengalaman dalam perniagaan dengan memiliki sebuah laman web profesional, untuk mengetengahkan pasaran syarikat dan produk ke carian orang ramai di peringkat tempatan dan antarabangsa

Syarikat Dipercayai

Kami pernah disiarkah diakhbar KOSMO! pada tahun 2012 sebagai usahawan online dalam pembinaan laman web. 

Harga Istimewa

Kami masih pentingkan harga mampu milik kerana itulah prinsip asal kami ditubuhkan untuk membantu usahawan miliki web sendiri.

Tepati Masa

Masa bagi sesebuah projek sangat penting untuk urusan pelanggan dan syarikat. Kami mementingkan masa projek siap dengan sempurna.

Kejujuran Perniagaan

Kejujuran dalam urusan membantu kami bertahan sehingga kini walaupun banyak rundingan adalah jarak jauh dan hanya atas talian.

Rundingan Profesional

Setiap rundingan awal akan diberikan sebut harga dan invois rasmi. Maklumat diberikan jelas untuk memastikan kelancaran projek.

Kejujuran Perniagaan

Kejujuran dalam urusan membantu kami bertahan sehingga kini walaupun banyak rundingan adalah jarak jauh dan hanya atas talian.

7 Tahun Berpengalaman

Sejak 2012 kami beroperasi, pelbagai konsep dan permintaan pelanggan telah kami lalui. Ini menjadikan kami sangat tahu kehendak anda.

Bantuan Selepas Jualan

Bantuan tetap kami berikan jika pelanggan punyai masalah dalam pengurusan web, sistem dan seumpamanya.

Bantuan Sepanjang Hayat

Kami berkolaborasi dengan vendor berdaftar bagi memastikan setiap data web dan masalah anda dapat diselesaikan pada masa hadapan.

Terima kasih kepada pihak Akhbar Kosmo! kerana menyiarkan berita tentang kami.

Kami tidak menyangka Berjayaweb menjadi perhatian pemberita yang mencari usahawan muda untuk dimuatkan ke dalam akhbar. Alhamdulillah, saya terpilih mewakili Berjayaweb pada tahun 2012 untuk dimuatkan di dalam slot usahawan dalam akhbar KOSMO, sebagai Usahawan Internet yang membantu ramai usahawan SME memiliki laman perniagaan mereka dengan harga murah profesional.

Walaupun hampir 6 tahun belalu, kami masih mengekalkan harga murah berbanding harga pasaran sebenar. Kami harapkan dapat membantu lebih ramai usahawan diluar sana dalam memajukan perniagaan mereka.a