e-Commerce Pro | Fungsi

STANDARD FEATURES
Custom Domain Support

Setiap pengguna yang setup kedai online di e-Commerce Pro akan dapat sub-domain percuma daripada kami. Contohnya nama kedai akan jadi seperti ini,

https://kedaisaya.xx

 

Tetapi, jika pengguna berminat nak ada domain sendiri seperti https://kedaisaya.com, pengguna boleh dapatkan dari mana-mana domain provider seperti Shinjiru, Exabytes, Namecheap dan lain-lain kemudian link kan kepada e-Commerce Pro.

 

Untuk hubungan di antara pakej dan domain adalah, Plan Basic tidak boleh menggunakan domain sendiri. Maksudnya untuk pengguna yang melanggan Plan Basic, mereka cuma akan menggunakan sub-domain sahaja.

 

Untuk pengguna yang melanggan Plan Standard dan Premium sahaja yang boleh menggunakan domain sendiri kerana hanya dua plan ini yang menyediakan sokongan untuk custom domain.

Products

Features untuk ‘Produk’ adalah bermaksud jumlah produk yang pengguna boleh masukkan di dalam Website. Ianya tak sama dengan jumlah gambar yang boleh dimasukkan bagi setiap produk.

Lihat contoh dibawah,

screenshot 1

Gambar ini pula dikategorikan sebagai 3 produk kerana ianya adalah produk yang berbeza.

 

Didalam e-Commerce Pro, jumlah produk yang boleh dimasukkan kedalam website akan mengikut kepada pakej yang dilanggan oleh pengguna.

Storage Limit

Limit storan ialah had limit file/gambar yang pengguna boleh upload kedalam website mereka. Di dalam e-Commerce Pro, pengguna boleh menyemak berapakah storan yang telah diguna didalam website dengan hanya melihat di bahagian ‘Overview’ dashboard.

 

Ini memudahkan pengguna untuk tahu berapa banyak lagi file/gambar/video yang mereka boleh muat naik didalam website.

Bandwidth

Bandwith diukur sebagai jumlah data yang dapat dipindahkan dari satu titik ke titik lain dalam rangkaian dalam jangka waktu tertentu. Ianya sangat penting untuk menentukan kelajuan website anda dapat di ‘reload’.

 

Sistem e-Commerce Pro mempunyai jumlah data yang tidak terhad bagi setiap pakej. Ini bermaksud, pengguna tidak perlu bimbang mengenai masalah website terlampau perlahan apabila terdapat ramai visitor yang masuk ke dalam website pada waktu yang sama.

Transaction Fees

Caj transaksi RM0.20 bermaksud kadar bayaran yang akan dikenakan oleh e-Commerce Pro kepada pengguna untuk setiap order yang masuk.

 

Tetapi buat masa sekarang ianya belum dikuatkuasakan lagi. Bermaksud sekarang masih lagi percuma dan tiada sebarang caj transaksi tambahan dari e-Commerce Pro.

Add-on-staff

Staf tambahan bermaksud pengguna boleh memberi akses kepada orang lain untuk mengurus website mereka dengan cara menambah akaun staff di dalam e-Commerce Pro.

 

Staf tersebut akan menerima email sebagai jemputan untuk menguruskan kedai online pengguna. Dengan adanya fungsi ini, pemilik bisnes sudah tidak perlu memantau akaun kedai online mereka 24jam sehari kerana akan ada staf lain yang akan bantu mereka untuk uruskan website.

Support

Sokongan ini dalam bahasa mudahnya adalah ‘Group Support’. Apabila pengguna menggunakan e-Commerce Pro, mereka tidak perlu pening kepala lagi untuk memikirkan mengenai hal yang berkaitan dengan teknikal.

 

Ini kerana, e-Commerce Promempunyai team support teknikal yang sangat pakar dalam bahagian IT. Untuk bantuan teknikal, pengguna boleh emailkan ke sales@berjayaweb.com untuk team teknikal bantu dengan lebih mudah.

 

Untuk sebarang pertanyaan am, pengguna boleh tanyakan terus dalam Facebook Group e-Commerce Pro Community.

 

Waktu operasi seperti biasa:-

Isnin-Jumaat 9am-12am

SSL Certificate

Secure Socket Layers atau dikenali SSL ialah teknologi keselamatan standard untuk membina sistem sekuriti online antara pelayan web dan pelayar. e-Commerce Pro mempunyai sistem SSL untuk memastikan semua info yang diakses dan dilayari di website pengguna menjadi sulit, selamat daripada dicuri atau digodam.

 

Website yang dibina oleh pengguna menggunakan sistem e-Commerce Pro akan mempunyai https di alamat mereka. Ini bermaksud bahawa mereka mempunyai sijil SSL dan website mereka mendapat perlindungan terhadap hacker.

 

Pengguna juga akan dapat melihat fon warna hijau yang banyak orang telah tafsirkan sebagai tanda sah dan selamat untuk melayari laman web mereka.

d2

“Mangga” ini dinamakan SSL (Secure Sockets Layer)

Order Management

Sistem e-Commerce Pro membenarkan pengguna menguruskan pesanan dengan sangat mudah. Sebagai contoh, jika selama ini pengguna hanya melakukan close sales melalui whatsapp, jadi mereka terpaksa menguruskan pesanan secara manual. Mereka juga perlu semak setiap masa sama ada pelanggan sudah membuat pembayaran ataupun tidak.

 

Tetapi, dengan menggunakan e-Commerce Pro, pelanggan boleh terus mengisi maklumat penerima seperti nama, alamat dan nombor telefon di bahagian ‘checkout’. Ini bermaksud, pengguna sudah tidak perlu menulis maklumat penerima secara manual.

 

Pengguna juga akan menerima notifikasi apabila ada pesanan yang telah dibuat di website mereka. Ini akan menyebabkan sistem pengurusan pesanan pengguna menjadi lebih sistematik dan senang untuk diurus.

Inventory Management

Sistem pengurusan inventori di dalam e-Commerce Pro membenarkan pengguna untuk menguruskan stok mereka sendiri dengan cara automatik sahaja. Jika sebelum ini pengguna terpaksa memberi maklumat setiap produk kepada pelanggan satu persatu dari segi harga barang, jumlah produk, saiz, warna dan sebagainya secara manual.

 

Tetapi dengan menggunakan sistem ini, pembeli yang ingin membeli produk yang dijual oleh pengguna boleh melihat secara terus sahaja semua deskripsi bagi setiap produk di dalam website pengguna.

 

Melalui sistem ini juga, pengguna boleh membuat penambahbaikan terhadap produk yang kurang mendapat permintaan dan strategi baru untuk produk yang paling ‘high-demand’ di kalangan pelanggan berdasarkan jumlah produk terjual yang terpapar di ‘dashboard’ e-Commerce Pro.

Customer Management

e-Commerce Pro mempunyai fungsi pengurusan pelanggan. Anda boleh melihat senarai pelanggan dan database pelanggan ini boleh diguna semula untuk tujuan marketing dan pengurusan lain. 

PDF Invoice

Sistem ini dilengkapi dengan fungsi PDF generator untuk anda muat turun seperti invois dan lain-lain.

Order Status Management //

Sistem e-Commerce Pro memudahkan urusan pengguna dalam menguruskan status pesanan mereka. Sebagai contoh, apabila pembeli telah membuat pesanan, pengguna boleh lihat di bahagian dashboard e-Commerce Pro sama ada pembeli tersebut telah membuat pembayaran ataupun tidak.

 

Apabila mereka telah selesaikan bahagian pembayaran, pengguna boleh teruskan dengan urusan penghantaran produk. Jika sebaliknya yang berlaku, pengguna boleh hantar follow-up email kepada pelanggan tersebut sebagai peringatan.

 

Bagi pengguna yang menggunakan pakej Premium, mereka boleh menggunakan fungsi automatic abandoned checkout email. Ini bermaksud, mereka tidak perlu hantar email follow-up secara manual kepada pelanggan.

Sales Report //

Setiap kali berlaku urusan jual beli di dalam website pengguna, maklumat ini akan direkodkan di dalam bahagian report jualan. e-Commerce Pro menyediakan 2 jenis report jualan kepada pengguna iaitu report berdasarkan produk dan variant.

 

Jualan berdasarkan produk ini bermaksud pengguna boleh lihat produk manakah yang terdapat didalam website mereka yang paling mendapat permintaan di kalangan pelanggan.

 

Jualan berdasarkan variant pula produk yang mempunyai persamaan yang sama berdasarkan model tetapi berbeza dari pelbagai aspek antara satu sama lain. Contohnya, pengguna tersebut menjual produk pakaian wanita iaitu seluar jeans.

 

Tetapi, seluar jeans yang dijual itu mempunyai 4 jenis saiz. Jadi, saiz itulah yang dikira sebagai variant. Dekat sini, pelanggan boleh membuat perbandingan dengan cara melihat saiz mana satu yang paling laris di kalangan pembeli mereka.

Email Notification //

Fungsi notifikasi E-mel ini terdapat dalam semua pakej e-Commerce Pro. Dengan menggunakan fungsi ini, pengguna akan mendapat E-mel dari e-Commerce Pro jika terdapat pesanan yang telah dibuat di website mereka dan juga jika terdapat pelanggan yang cuma ‘add to cart’ tetapi tidak meneruskan dengan pembayaran.

Product Categories //

Di dalam e-Commerce Pro, pengguna boleh mengasingkan produk yang ingin dijual mengikut kriteria masing-masing.

 

Sebagai contoh, ada pengguna yang menjual produk kecantikan dan juga kesihatan pada masa yang sama. Jadi, mereka boleh buat kategori produk khas untuk barangan kecantikan dan kesihatan di dalam website mereka.

 

e-Commerce Pro juga membenarkan pengguna untuk menyusun atur sendiri susunan produk supaya kelihatan kemas melalui cara ‘drag and drop’ button anak panah produk tersebut sahaja.

Product Tags

Produk tag adalah label pada setiap produk anda. Konsep tag sama seperti # di Facebook, Instagram dan di media sosial lain. Ini membantu produk mudah dijumpai oleh carian.

Product Attribute

Ini adalah produk variasi. Sperti contoh anda menjual baju melayu. Anda ingin pamir Saiz dan Warna. Saiz pula ada S, L, Warna ada Hitam, Putih

Saiz , Kain, Warna = Attribute.

S,L =Value.

Hitam,S = RM10 Hitam,L =RM12 

=Variation

Metafields //

Metafield adalah paparan data tersuai (custom data) yang boleh digunakan pada produk di dalam website pengguna. Pengguna boleh meletakkan maklumat yang mereka ingin highlight berkenaan produk dibahagian atas didalam gambar produk.

 

Sebagai contoh, item yang mempunyai label ‘Bold’ berwarna oren adalah merupakan built in custom label yang pengguna boleh letakkan pada website mereka

Maintenance Mode

Jika anda sedang mengemaskini produk-produk di web dan tidak mahu pelawat anda ganggu atau terbeli ketika itu, anda boleh on kan fungsi ini dan web anda akan menyekat pelawat daripada melihat keseluruhan web buat sementara waktu.

 

Pada mode ini, pelawat akan dipamiran nota “web sedang dikemaskini”.

Mobile Store

E-Commerce Pro adalah mesra telefon. Pembeli dapat melayari laman web pembeli melalui telefon dan semua susunan produk akan disusun mengikut saiz screen secara automatik. 

Review

Setiap produk mempunyai ruang review. Pembeli boleh menulis review mereka di setiap produk yang mereka beli.

Flexible Product Management

Sistem e-Commerce Pro membenarkan peniaga menguruskan produk dengan mudah kerana dilengkapi dengan fungsi yang boleh diakses dan mesra telefon. 

Import / Export Variable Products

Peniaga yang mempunyai banyak data variasi product dari excel boleh di muat naik ke sistem. 

Pada setiap page produk , akan dilengkapi 1 gambar utama, dan bebrapa gambar lain di bawahnya sebagai galeri bergerak.

Product image Zoom In Function

Setiap gambar produk boleh dibesarkan (zoom) apabila diklik.

Drag & Drop Page Builder //

eCommerce Pro juga ada built in page builder drag and drop untuk pengguna buat sales page dengan mudah.

Fungsi ini cuma ada didalam pakej Standard dan keatas sahaja. Sales page ni lebih kepada nak menjual produk.

Sebagai contoh, bayangkan diri sendiri sebagai salesman di alam maya secara virtual. Kebiasaannya, apabila buat closing sales di Whatsapp, pengguna terpaksa membalas pertanyaan dan juga terangkan mengenai setiap perkara yang ditanya oleh pelanggan satu persatu. Ianya akan mengambil masa yang agak lama.

Jadi, segala proses itu boleh diletakkan di dalam 1 sales page sahaja. Di dalam sales page tersebut, pengguna boleh menerangkan mengenai masalah yang dihadapi oleh pelanggan, bagaimana produk penjual tersebut mampu menyelesaikan masalah mereka dan juga apa servis yang ingin ditawarkan.

Untuk pastikan sales page nampak menarik, pastikan tak terlampau banyak perkataan yang ditulis. Banyakkan bermain dengan eleman gambar, video dan juga icon. Setiap penerangan didalam sales page pastikan simple sahaja tetapi mudah difahami oleh pelanggan.

Schedule Product Publish

Peniaga boleh setkan terus tarikh-tarikh akan datang untuk setiap page produk yang telah dibuat, untuk di munculkan di web nanti secara automatik apabila tiba tarikh tersebut.

High Conversion Theme //

e-Commerce Pro menekankan konsep ‘senang nak pakai’ sebagai prinsip utama produk kami.

 

Themes yang disediakan sangat lengkap dan senang untuk digunakan. Tak perlu pening kepala fikirkan hal-hal teknikal.

 

Ini kerana pengguna tak perlu nak install apa-apa. Hanya perlu daftar akaun, setup produk dan website terus boleh live.

Out of Stock function

Setiap produk yang telah mencapai 0 unit, secara automatik akan tertulis Out of Stock, dan pelawat tidak boleh klik untuk membeli.

Low stock notification

Fungsi ini adalah hebahan notifikasi ke email tentang status kuantiti stok produk yang makin sedikit di web. Peniaga boleh set kuantiti minima dan akan menerima notifikasi ini dan boleh segera kemaskini jumlah stok baru anda. 

Email Template //

e-Commerce Pro mempunyai templet E-mel yang mana pelanggan akan mendapat notifikasi secara automatik sahaja daripada pengguna.

 

Berikut adalah contoh bagi templet E-mel yang ada di dalam sistem e-Commerce Pro.

 

1. Pengesahan pesanan

E-mel ini akan dihantar kepada pelanggan setelah berjaya membuat pesanan untuk mengesahkan penerimaannya. E-mel ini mengandungi maklumat mengenai item pesanan, penghantaran, penagihan, dan status pesanan.

 

2. Penghantaran pesanan

E-mel ini akan dihantar kepada pengguna untuk memberitahu pelanggan bahawa barangan yang dibeli oleh mereka sedang dalam proses penghantaran.

 

3. Fail sudah tersedia untuk dimuat turun (Khas untuk produk digital)

Pengguna boleh meletakkan fail untuk dimuat turun oleh pelanggan setelah mereka selesaikan proses pembayaran. Apabila status pesanan pelanggan diubah menjadi ‘Paid’, mereka boleh mula muat turun pesanan digital melalui link yang dihantar oleh pengguna secara automatik melalui E-mel.

 

4. Perubahan status pesanan

Pelanggan akan mendapat E-mel ini apabila pengguna mula memproses pesanan yang telah dibuat oleh mereka.

 

5. Checkout abandoned

Fungsi ini dipanggil sebagai e-mel peringatan. Yang mana, apabila pelanggan telah menambah pesanan mereka didalam bahagian ‘add to cart’ tetapi tidak meneruskan dengan pembayaran. Jadi, pelanggan tersebut akan menerima checkout abandoned E-mail sebagai untuk mengingatkan mereka agar meneruskan dengan proses pembayaran.

MARKETING FEATURES
SEO Friendly

Setiap produk akan dipasangkan ruang untuk peniaga meletakan kata kunci. Kata kunci ini akan membantu produk peniaga dijumpai di Google apabila bakal pembeli mencari nama produk di Google.

 

Fungsi SEO ini juga sangat mesra Google dan akan membantu meningkatkan rangking web di carian Google.

Peniaga boleh setkan mana-mana produk yang ingin di highlight seperti produk yang paling laris, paling banyak di lihat dan produk terbaru.

Product Recommendations //

Cadangan produk adalah sistem yang akan menyampaikan maklumat produk yang relevan kepada pelanggan untuk mendorong mereka mengambil tindakan yang menguntungkan pengguna dan kedai online mereka.

Saranan ini boleh datang pada bila-bila masa sahaja sepanjang pelanggan berada di dalam website bermula dari halaman utama ke bahagian checkout sehinggalah kepada e-mel susulan.

Salah satu cara paling mudah yang boleh dibuat oleh pengguna di dalam sistem e-Commerce Pro adalah dengan cara menunjukkan produk yang paling terlaris di halaman utama website.

Discount Code

Peniaga boleh setkan pelbagai code untuk diskaun mengikut kempen pada borang checkout nanti.

Dynamic Discount

Peniaga bebas untuk setkan konsep diskaun pada web seperti beli 1 percuma 1, beli lebih dari RM10 akan diskaun 10%, dan lain-lain.

Notify When Product Available

Produk yang kehabisan stok mempunyai nilai perminta juga semasa pembeli mencarinya. Akan tetapi pembeli akan terus keluar jika melihat produk kehabisan stok. Fungsi ini akan menghantar emai kepada pembeli yang berminat tadi apabila stok telah kembali ada dan sedia dibeli.

Up Sales & Bump Offer

Apabila pembeli telah klik checkout pada barang A, sistem akan pamirkan barang B, C yang sama kategori atau yang telah diset oleh penjual sebagai cadangan untuk mereka beli juga barang B, C. Ini akan meningkatkan jualan penjual.

 

Bump offers adalah satu fungsi e-Commerce Pro dibawah marketing untuk meningkatkan conversion rate terhadap kedai online anda. Dalam bahasa mudah ianya adalah untuk di cross-sell kepada pembeli.

 

Order bump ini akan terpapar pada bahagian Checkout Form iaitu ketika pembeli mengisikan maklumat untuk penghantaran.

Automatic Abandoned Checkout Email

Ramai bakal pembeli yang biasanya dia telah klik Add Cart dan barangnya sudah ada pada checkout. Tetapi mereka sudah isi maklumat diri dan alamat tetapi tidak membuat pembayaran lalu keluar dari web (separuh jalan).

 

Hal ini  mungkin disebabkan internet terputus atau bank mereka bermasalah. Ini akan merugikan peniaga.

 

Dengan sistem ini, beberapa email reminder (peringatan) akan automatik dihantar kepada mereka beserta maklumat order tadi dan link ke pembayaran. 

Ini sangat bagus dapat recover semula revenue sebanyak 10% revenue yang hilang.

Social Proof Notification //

Sales pop up ini hanya akan muncul apabila terdapat pembelian daripada pelanggan di dalam website e-Commerce Pro.

 

Tujuan Social prof ini adalah untuk menambahkan lagi keyakinan pembeli untuk membuat keputusan ketika melihat produk yang pengguna tawarkan.

 

Kesemua maklumat pembeli yang terpapar ini akan dijana secara automatik. Penjual tidak perlu untuk setting masa, nama produk dan lain-lain. Hanya perlu on sahaja features ini.

SMS Notification

Setiap order yang berjaya, penjual akan mendapat notifikasi SMS. 

Thank You Page Offer

Apabila pembeli telah selesai membuat pembayaran, kebiasaaanya ada 1 page yang mengucapkan terima kasih. 

 

Sistem ini akan mempamirkan ucapan terima kasih & beberpa produk tawaran di page ini. Ini akan meningkatkan sales penjual.

Pop up banner (gambar beserta link ke produk sasaran) atau (borang untuk kumpul nama dan email prosepk) akan tiba-tiba muncul di web dalam beberapa saat (yang sudah disetkan). Banner ini akan menarik perhatian pembeli untuk melihat banner itu dahulu berbanding barang lain. 

 

Dan jika mereka tidak berminat, mereka boleh klik (x) dan mereka boleh melayari web seperti biasa. 

 

Banner ini kita boleh set untuk ia keluar di muka hadapan web sahaja atau di mana-mana page yang dimahukan.

CHECKOUT FEATURES
Minimum Purchase Checkout

Pada sistem ini boleh di set berapa minima order atau RM untuk bolehkan pembeli bayar.

Abandoned Checkout

Pada borang checkout, pelanggan yang telah mengisi butiran tetapi tidak membuat pembayaran, data mereka telah diambil dan di link kan dengan email Abandoned Checkout Email.

Digital Checkout //

Pembayaran secara digital ini membolehkan pelanggan membuat pembayaran dengan mudah tanpa perlu memasukkan semula semua maklumat mereka.

Checkout Customization

Penjual boleh mengubah suai borang checkout mengikut kesesuaian. Seperti menambah beberapa bahagian untuk diisi oleh pembeli. Ini boleh dilakukan.

High Conversion Checkout //

Sistem e-Commerce Pro direka khusus untuk menjana sales dan meningkatkan conversion rate website pengguna. Dengan menggunakan e-Commerce Pro, pengguna dapat membina kedai online yang convert dengan mudah. Hanya perlu upload produk dan terus boleh mula buat jualan.

 

Sebagai contoh, apabila pelanggan masuk ke dalam website, mereka terus dapat melihat kategori produk yang terpapar di halaman utama kedai online.

Pelanggan boleh buat pembelian semudah memilih produk, checkout pesanan dan membuat pembayaran. Ini akan dapat memberikan pengalaman pembelian yang lancar kepada pelanggan.

Support Payment Gateway

Buat masa ni di dalam e-Commerce Pro, pengguna hanya boleh integrate dengan Toyyibpay, SenangPay, dan Bizappay untuk payment gateway.

Secara ringkasnya:

FPX (online banking):

Bizappay ( RM1.00, tiada on site checkout, ada callback)

ToyyibPay (RM1.00, tiada on site checkout, ada callback)

On site checkout : Tak perlu redirect ke payment gateway. Checkout dalam e-Commerce Pro.

Callback : Kalau user exit terus lepas bayar, payment gateway akan update sistem e-Commerce Pro bagitahu dah bayar.

 

Untuk settlement, biasanya akan release 24 jam kecuali hari cuti. Untuk pengguna yang menggunakan Toyyibpay mereka perlu ada current account dan SSM.

Bypas COD payment

Fungsi ini membolehkan pembeli membeli dengan cara COD sahaja dan kos RM0. Pembeli isi maklumat, tekan continue dan sistem akan terus skip dan akan ke Thank You page dan trigger purchase. Ini kan meningkantkan conversion rate dan 0% abandoned checkout. Cuma kelemahan pembeli mungkin akan tersilap atau typo isi maklumat sahaja.

Automatic Order Cancellation

Apabila pembeli klik untuk batal (cancel) order. Sistem akan terima secepat mungkin status Batal tempahan secara automatik. 

Guest Checkout

Sistem ini boleh set pembeli yang mengisi borang checkout tidak perlu daftar terlebih dahulu.

Force Register Checkout Page

Pembeli akan dipaksa untuk mendaftar akan dengan email dan password terlebih dahulu sebelum mengisi borang pembelian.

MARKETING INTEGRATIONS
Facebook Pixel

Facebook pixel adalah salah satu tool analytic yang disediakan oleh Facebook dengan tujuan untuk merekod data pelawat yang telah masuk ke dalam website kita.

 

Ia memberikan maklumat penting yang pengguna dapat gunakan untuk membuat iklan Facebook agar dapat menyasarkan iklan dengan lebih baik. Data yang dikumpul oleh Facebook Pixel ini dapat membantu pengguna memastikan iklan yang telah dibuat akan dilihat oleh orang yang kemungkinan besar akan mengambil tindakan yang mereka inginkan.

 

Ini membolehkan pengguna meningkatkan kadar penukaran iklan Facebook dan mendapatkan ROI yang lebih baik.

 

eCommerce Pro telah memudahkan urusan untuk pengguna setup Facebook Pixel dengan hanya perlu copy ID dan paste ke dalam bahagian “Preferences” e-Commerce Pro sahaja. Sangat mudah!

 

Ini kerana pengguna tidak perlu untuk copy coding dan paste pada bahagian programming semua.

Google Analytic

Google Analytic adalah sebuah paltform untuk menjejak dan menghasilkan laporan data pelawat yang masuk ke web. Data ini seperti jumlah pelawat masuk, lokasi pelawat datang dari mana, mereka menggunakan telefon atau komputer, dan lain-lain. Data ini sangat penting untuk menentukan performance web.

SMS

Sistem e-Commerce Pro boleh diintegrasi dengan fungsi SMS notifikasi dan SMS Marketing serendah RM0.07-RM0.08.

MARKETING INTEGRATIONS
Personalized Shipping

Peniaga boleh setkan kaedah shipping mengikut kehedak sendiri.

Weight-based Shipping

Peniaga boleh setkan shipping mengikut berat. Senarai berat dan harga shipping ini boleh didapati dari kurier dan di setkan pada sistem.

Price-based Shipping

Penjual boleh menetapkan caj penghantaran berdasarkan jumlah minimum dan maksimum produk yang dibeli oleh pelanggan.

 

Contohnya, pengguna ingin menetapkan caj penghantaran yang berbeza bagi pesanan di bawah dan melebihi RM100. Dengan menggunakan ‘Price-based shipping’, mereka boleh menetapkan caj penghantaran adalah tetap RM7 untuk pesanan dibawah RM100.

 

Bagi pesanan yang melebihi RM100, pengguna boleh meletakkan harga RM15 bagi setiap kali penghantaran dibuat.

 

Fungsi ini juga membenarkan pengguna untuk menetapkan promosi penghantaran secara percuma jika pembeli berjaya mencapai minimum harga yang telah ditetapkan oleh mereka.

Postcode-based Shipping

Penjual boleh menetapkan harga shipping mengikut kod kawasan penghantaran. 

 

Contoh Shah Alam = 40000 = RM7

Cash on Delivery (COD)

Penjual boleh setkan, barang sampai baru pembeli bayar kepada posemen. 

 

Duit barang + duit shipping akan di collect oleh posmen.

In-store Pickup

Pengguna boleh memberi pilihan kepada pelanggan untuk datang ke premis perniagaan mereka untuk mengambil pesanan yang telah dibuat. Ini adalah salah satu cara yang boleh diguna oleh pembeli jika mereka ingin menjimatkan kos dari segi penghantaran.

 

Apabila pesanan pelanggan sudah tersedia untuk diambil, pengguna boleh memberikan arahan pengambilan produk kepada mereka.

Delyva (Built-in Fulfillment)

e-Commerce Pro kini telah support untuk menggunakan fulfillment oleh 3rd party. Yang mana pengguna tidak perlu lagi susah-susah untuk copy paste order details. Hanya dengan beberapa klik sahaja, kini order anda akan auto sync dengan Delyva.

 

Untuk menggunakan features ini, pengguna perlu mempunyai akaun dengan Delyva terlebih dahulu. Pendaftaran Delyva adalah percuma.

Cara untuk memenuhi pesanan menggunakan Delyva adalah sangat mudah. Pengguna hanya perlu mengisi maklumat lokasi untuk syarikat penghantaran mengambil pesanan lengkap dengan email. Delyva membolehkan pengguna untuk memilih mana-mana perkhidmatan kurier yang mereka ingin gunakan. Pada bahagian ini harga pun sudah tentukan mengikut alamat yang ada pada bahagian pesanan.

 

Pengguna perlu memilih sama ada ingin menggunakan method dan Dropoff atau Pickup. Dropoff bermaksud pengguna sendiri akan pergi ke pejabat pos berhampiran dan hantarkan barang.

 

Pickup pula bermaksud pihak kurier akan menghantar kenderaan untuk mengambil barang yang telah di pesan di alamat yang telah ditetapkan semasa tetapan alamat tadi.

Biasanya Method Pickup akan dipilih bagi memudahkan para penjual. Apabila Method Pickup dipilih akan keluar jadual untuk pilihan tarikh pengambilan oleh pihak courier.

 

Setelah menguruskan pesanan, pengguna akan mendapat tracking number secara automatik untuk diberikan kepada pelanggan.

 

AWB (Airwaybill) terhadap order yang telah dibuat oleh pengguna akan dijana secara automatik. Hanya perlu print sahaja AWB ni dari platform Delyva.

NinjaVan (Built-in Fulfillment)

Fungsi penghantaran akan diuruskan oleh Ninjavan. Anda harus mempunyai akaun NinjaVan terlebih dahulu dan pihak Ninjavan akan membantu anda pasangkan fungsi tersebut pada sistem.

Customer Support
Live Chat

Pelawat boleh menghubungi anda melalui ruang chat di web.

Scroll to Top