Nama Projek / Syarikat
Profil, servis, projek dan borang pertanyaan disusun supaya mudah difahami.
Tak pasti berapa halaman perlu, apa kandungan nak sediakan atau macam mana dengan domain dan hosting? Beritahu sahaja keperluan organisasi anda. PejuangWeb bantu susun dari awal sampai website siap digunakan.
Lihat beberapa contoh website yang pernah kami bangunkan untuk keperluan syarikat dan organisasi yang berbeza.
Profil, servis, projek dan borang pertanyaan disusun supaya mudah difahami.
Profil organisasi, aktiviti, berita dan maklumat hubungan disusun dengan jelas.
Hebahan, jawatankuasa, keahlian, dokumen dan aktiviti dalam satu portal.
Tak perlu tahu semua jawapan sekarang. Beritahu tujuan website dan maklumat asas yang ada. Kami bantu susun struktur, kandungan, domain, hosting dan skop sebelum sebut harga disediakan.
Pilih ikut keperluan. Kalau tak pasti, kami bantu cadangkan selepas semak projek anda.
Untuk website rasmi yang ringkas, seperti profil syarikat, organisasi atau servis utama.
Untuk syarikat atau organisasi yang mempunyai beberapa servis dan kandungan yang lebih lengkap.
Untuk organisasi, persatuan atau syarikat yang memerlukan lebih banyak halaman dan susunan kandungan yang lebih lengkap.
Kami fahami tujuan website dan bahan yang anda sudah ada.
Skop, harga, tempoh dan perkara yang termasuk dipersetujui dahulu.
Website dibina dan dihantar untuk semakan anda.
Selepas semakan selesai, website dilancarkan dan akses diserahkan.
Domain, akses admin, hosting dan kos pembaharuan diterangkan dari awal supaya anda tahu apa yang anda miliki selepas website siap.
Pakej PejuangWeb bermula RM799. Harga sebenar bergantung pada jumlah halaman, kandungan dan fungsi yang diperlukan.
Kebanyakan website biasa disasarkan siap dalam anggaran 7–14 hari selepas bahan asas diterima. Projek yang lebih kompleks mungkin mengambil masa lebih lama.
Maklumat asas seperti logo, profil organisasi, servis atau aktiviti, gambar dan bahan sedia ada sudah cukup untuk mula. Jika kandungan belum tersusun, kami boleh bantu susun mengikut skop projek.
Bergantung pada pakej. Apa yang termasuk, kos pembaharuan serta akses admin akan diterangkan sebelum projek bermula.
SEO asas boleh disediakan mengikut skop untuk membantu enjin carian memahami website. Kedudukan tertentu di Google tidak boleh dijamin.
Beritahu sedikit tentang keperluan anda. Kami bantu semak dan cadangkan langkah seterusnya.
Isi ringkas, kemudian sambung terus di WhatsApp.
Semak Keperluan Website → Terus WhatsApp tanpa isi borangIsi ringkas sahaja. Selepas itu WhatsApp akan dibuka dengan mesej yang sudah disusun.