Semak Syarat Kelayakan
Semak tujuh syarat asas sebelum anda mula mengisi borang permohonan.
Ikuti satu persatu. Tandakan langkah yang sudah selesai; tanda akan kekal dalam pelayar selagi data laman tidak dipadam.
Semak tujuh syarat asas sebelum anda mula mengisi borang permohonan.
Beritahu jenis perniagaan, lokasi dan tujuan anda mahu membina website.
Muat turun borang MARA, isi dengan lengkap dan sediakan bilangan salinan yang diperlukan.
RAPIDOVA mengenal pasti halaman, fungsi dan kandungan yang sesuai.
RAPIDOVA menyediakan quotation berdasarkan pakej dan skop website.
Pilih jenis syarikat dan lengkapkan semua dokumen sebelum permohonan dihantar.
Kemukakan borang, quotation dan dokumen lengkap kepada Pejabat MARA.
Pegawai MARA menyemak kelayakan, borang, quotation dan maklumat perniagaan.
MARA boleh menghubungi pemohon atau membuat lawatan ke premis.
MARA memaklumkan keputusan serta syarat yang perlu dipatuhi.
Jika diluluskan, buat bayaran komitmen mengikut arahan rasmi MARA.
MARA menghubungi RAPIDOVA untuk pengesahan dan urusan surat pelantikan pembekal. RAPIDOVA kemudian menyerahkan dokumen pengesahan balas kepada MARA.
Satu kumpulan WhatsApp dibentuk untuk menyelaraskan projek antara MARA, pelanggan dan RAPIDOVA.
Berikan logo, profil, gambar, produk, servis dan maklumat hubungan.
RAPIDOVA membina struktur, reka bentuk dan fungsi website.
Pemohon menyemak website dan pembetulan dibuat mengikut skop.
Selepas disahkan, website diterbitkan menggunakan domain rasmi.
Akses website, domain dan penerangan penggunaan asas diserahkan.
Selepas website disiapkan, diserahkan dan dokumen berkaitan disahkan, MARA memproses bayaran penuh kepada RAPIDOVA mengikut prosedur rasmi.
Nota: Ini ialah panduan umum. Dokumen, penilaian, jumlah komitmen, tempoh dan keputusan rasmi tetap tertakluk kepada MARA.