Daily Archives - 06/10/2017

Mengapa Bisnes Memerlukan Website?

Mengapa bisnes perlukan website

Mengapa bisnes memerlukan website? Masih ramai usahawan yang belum mempunyai website dan ada yang berkeras mengatakan “TIDAK PERLU”.

Saya tidak setuju apabila usahawan menjawab “TIDAK PERLU” dan saya ingin beri 7 sebab kenapa website itu perlu untuk bisnes.

Mengapa bisnes perlukan website 2

1. Menambah kredibiliti bisnes

Zaman sekarang hampir semua orang menggunakaninternet. Lebih-lebih lagi apabila mencari produk atau servis yang diperlukan.

Bayangkan anda seorang usahawan dan bercerita tentang bisnes anda pada prospek. Kemudian apabila ditanya tentang website, anda jawab tiada. Apa rasanya tanggapan prospek itu pada bisnes anda? Bayangkan pula kalau anda beri website yang professional pada prospek.

Dua situasi di atas cukup jelas bahawa website memberi kesan pada kredibiliti bisnes.

Mengapa bisnes perlukan website 3

2. Prospek mudah mendapatkan maklumat bisnes secara online

Selain daripada isu kredibiliti, website memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat bisnes. Kita tidak boleh hanya bergantung pada media sosial untuk memberi maklumat kerana itu bukan fungsi utama media sosial.

Andai kata kita mempunyai bisnes pakaian dengan koleksi pakaian yang banyak. Kalau hanya dengan media sosial, prospek sukar melihat koleki penuh pakaian kita.

Berbeza dengan website, koleksi pakaian disusun dengan kemas mengikut kategori dan jenisnya. Maklumat bisnes yang lain juga mudah diakses di website.

Kalau nak harap facebook semata, kejap scroll jumpa baju.. kejap scroll jumpa kucing, nasi lemak, kata-kata nasihat. Sukar untuk prospek mencari maklumat yang mereka perlukan.

Mengapa bisnes perlukan website 4

3. Pesaing anda mempunyai website

Sekarang makin ramai usahawan mempunyai website. Pesaing kita pun mempunyai website. Bagaimana kita melawan pesaing jika salah satu tool utama dalam bisnes online kita tiada?

Bayangkan kita dalam pertandingan memasak. Pesaing kita lengkap peralatan memasak tetapi kita tertinggal pisau.

Mengapa bisnes perlukan website 5

4. Website menjimatkan masa bekerja

Ini satu lagi perkara yang penting dalam bisnes iaitu MASA.

Banyak masa boleh dijimatkan dengan adanya website. Kita boleh gunakan masa yang dijimatkan untuk keluarga, aktiviti lain atau untuk mendapatkan lebih banyak income.

Bagaimana masa dapat dijimatkan melalui website? Ianya sangat banyak. Website boleh menguruskan proses jual beli, menjana laporan, menyediakan borang, memberi maklumat yang diperlukan dan macam-macam lagi.

Bergantung kepada spesifikasi website, ada website yang boleh menguruskan 60% kerja bisnes. Ini bermaksud kita mampu mengurangkan kerja dan penggunaan masa kita hingga 60% dengan adanya website. Ada yang lebih dari itu.

Mengapa bisnes perlukan website 6

5. Website membawa lebih banyak prospek

Jika rujuk point sebelum ini, dengan penjimatan masa dan kemudahan perolehan maklumat, sudah tentu bisnes kita boleh membawa lebih banyak prospek.

Masa yang telah dijimatkan boleh digunakan untuk pemasaran dimana kita boleh memperkenal bisnes kepada prospek baru.

Ada pelbagai cara kita memasarkan website kita seperti menggunakan iklan, tajaan, content marketing, SEO, email dan lain-lain.

Mengapa bisnes perlukan website 7

6. Website membolehkan bisnes anda memasuki pasaran dunia

Satu lagi perkara yang best dengan website adalah kita boleh berniaga dimana sahaja. Kita bukan hanya boleh sasarkan bisnes pada pasaran Malaysia sahaja malah dunia.

Contohnya kita design baju “Say No To Trump” dan ingin jual kepada warga Amerika. Kita hanya perlu sediakan website berbahasa inggeris dan paparkan baju tersebut kemudian buat pemasaran untuk sasarkan pada warga Amerika.

Mengapa bisnes perlukan website 8

7. Pelbagai range harga website

Alasan harga website ini banyak saya dapat dari usahawan yang tidak mahu mempunyai website.

Sebagai seorang usahawan, agak menyakitkan hati saya melihat usahawan lain yang penuh dengan alasan kerana website boleh diperoleh mengikut pelbagai range harga.

Untuk website tanpa kos, anda boleh buat sendiri website dengan menggunakan platform seperti wix, weebly dan banyak lagi yang menawarkan website percuma dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ada juga website yang murah dalam RM1000 kebawah. Biasanya kita boleh dapat harga sebegini dari webdesigner part time yang baru berjinak dalam website atau dari student-student IT.

Untuk website yang professional sedikit, range harga biasanya dalam RM2500 ke atas. Ini range harga kalau inginkan servis dari saya.

Website highend dengan pelbagai fungsi dan kualiti server yang tinggi biasanya bermula dari RM15k hingga lebih RM500k. Itu sudah industry level.

Jadi, ada lagi usahawan yang rasa “TIDAK PERLU” website? Cuba share post ini pada mereka yang sepatutnya sudah ada website supaya mereka sedar pentingnya website.

Read more...

Cara Mengambil Gambar Produk Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit

Saya mendapat banyak permintaan untuk menyediakan tutorial cara mengambil gambar produk menggunakan handphone atau telefon bimbit. Tutorial ini menggunakan kos yang rendah dan saya pasti semua usahawan online mampu menyediakan keperluan untuk menghasilkan gambar produk yang baik dan professional.

Gambar Produk Yang Professional Dengan Kos Rendah

Gambar produk yang professional sangat penting untuk persembahan online kerana gambar adalah antara aspek terbesar dalam memikat prospek/pelawat/pengunjung. Secara umumnya, apa yang terpapar pada skrin komputer dan gajet adalah gambar.

  • Gambar Statik
  • Gambar Huruf dan Perkataan (Teks)
  • Gambar Bergerak (Video)

Oleh itu, bagi saya, semakin berkualiti gambar anda, semakin anda akan disukai oleh prospek atau pelawat, tidak kira pada facebook page, blog, website ataupun wall profile anda sendiri.

[taq_review]

Peralatan Mengambil Gambar

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 1

Untuk tutorial ini, saya fokus untuk membolehkan anda mengambil gambar produk dengan kos yang rendah. Oleh itu, semua peralatan mengambil gambar yang saya gunakan adalah berkos rendah dan mudah dicari. Berikut adalah senarai keperluan beserta harga:

  1. Kad Manila mengikut warna background yang anda inginkan (~RM0.80 sekeping)
  2. Kotak yang lebar (~RM4.00) – tak perlu cantik
  3. Sumber cahaya seperti lampu meja atau lampu DIY (~RM25-RM40)
  4. Pita Pelekat (~RM2.20) – Beli yang kuat sikit
  5. Handphone dengan camera
  6. Komputer dengan software Photoshop

1. Menyediakan Latar Belakang dan Pentas Photoshoot

Untuk menyediakan latar belakang dan pentas untuk photoshot produk, anda akan menggunakan kotak, pita pelekat dan kad manila.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 3

Jika anda lihat gambar di atas, saya membeli kotak yang jenis leper dan pasang mengikut panduan yang disediakan. Jika anda sudah mempunyai kotak sebegini, tidak perlu membelinya. Kotak ini akan berfungsi sebagai pentas photoshoot dan memudahkan anda menukar background photoshoot anda.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 4

Setelah siap kotak anda, anda boleh sandarkan manila kad seperti dalam gambar di atas. Kelebihan membuat pentas menggunakan kotak seperti ini adalah anda tidak perlu menggunakan pita pelekat untuk memegang manila kad anda untuk dijadikan pentas dan background photoshoot.

Untuk sumber cahaya, anda boleh menggunakan lampu meja atau lampu DIY yang diarahkan kepada pentas dan background. Contoh lampu DIY adalah seperti gambar di bawah. Tidak sukar untuk membuatnya. Yang penting anda perlu cuba dapatkan mentol yang terang.

tips-mengambil-gambar-produk-cahaya

2. Mengambil Gambar Produk Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit

Dalam tutorial ini, saya menggunakan Zenfon 6 saya sebagai camera dengan sistem operasi Android 4.3. Terdapat beberapa setting penting yang boleh anda kawal jika menggunakan Android iaitu ISO, White Balance dan Exposure.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 7

Anda hanya perlu letakkan objek atau produk di tengah-tengah stage photoshoot anda dan halakan lampu kepada objek. Jika anda mempunyai beberapa sumber cahaya adalah lebih baik. Anda boleh halakan cahaya ke bahagian kiri, kanan dan sudut lain produk supaya dapat mengurangkan bayang-bayang.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 7

Gambar jam di atas adalah contoh gambar yang saya ambil menggunakan handphone saya (Zenfon 6) dan menggunakan kaedah seperti yang saya tunjukkan sebelum ini tanpa sebarang editing. Saya akan tunjukkan cara edit supaya gambar menjadi kemas dan pro tetapi sebelum itu, saya perlu tunjuk trick dan setting menggunakan phone camera supaya mendapat hasil yang baik.

3. Masalah Mengambil Gambar Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit

Masalah yang biasanya berlaku apabila anda menggunakan camera telefon adalah anda akan mendapat hasil gambar yang mempunyai flickering effect apabila mengambil gambar dengan background yang plain/kosong terutamanya background putih.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 7

Jika anda lihat gambar di atas, anda boleh nampak kesan flickering yang saya sebut sebelum ini. Untuk mendapatkan hasil gambar yang betul-betul baik, kita perlu meminimumkan kesan flickering ini. Ada beberapa perkara yang anda boleh ubah suai untuk mendapat hasil gambar yang clean atau bersih.

  1. Kawal ISO dan Exposure. Mulakan dengan ISO paling rendah dan Exposure pada tahap “0”.
  2. Cuba jauhkan dan dekatkan camera handphone dengan objek/produk.
  3. Cuba jauhkan dan dekatkan sumber cahaya (Lampu) dengan stage photoshoot atau objek/produk.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 8

Jika menggunakan handphone/telefon bimbit android, biasanya anda akan dapat mengawal ISO dan Exposure camera anda. Tetapi jika tiada fungsi untuk kawal ISO dan Exposure seperti Iphone (Apple fanboy jangan marah.. :P), anda boleh cuba kawal jarak camera dan cahaya daripada objek anda.

4. Edit Gambar Produk Menggunakan Photoshop

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 8

Jika anda lihat gambar di atas ni, anda boleh bandingkan gambar asal (kiri) dan gambar yang telah di edit (kanan). Gambar pada sebelah kanan adalah jauh lebih kemas dan professional berbanding gambar asal.

Bayangkan jika anda menggunakan gambar yang professional untuk post facebook, artikel blog mahupun ecommerce website, pasti akan memberikan impak yang lebih positif berbanding anda gunakan gambar yang biasa.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 9

1) Buka gambar asal produk anda menggunakan perisian Photoshop, kemudian klik pada Quick Selection Tool.

2) Menggunakan Quick Selection Tool, pilih objek/produk anda dengan klik dan seret mouse pointer di seluruh bahagian objek/produk.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 10

3) Setelah memilih semua bahagian objek/produk, anda perlu klik pada Refine Edge.

4) Panel Refine Edge akan keluar dan anda boleh try adjust setting yang anda sehingga bahagian tepi objek dipilih dengan kemas. Kemudian pilih New Layer pada setting Output To. Klik OK.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 11

5) Anda akan nampak background putih sebelum ini sudah hilang dan tinggal hanya objek/produk. Pada bahagian Layer, saya mahu anda tick pada layer paling bawah supaya anda akan dapat lihat background putih itu semula. Layer bawah ini adalah layer gambar asal anda.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 12

6) Setelah tick pada layer asal yang di bawah sekali. Anda perlu tick juga pada icon lock (macam kunci) supaya anda boleh edit layer tersebut.

7) Klik pada Brush Tool.

8) Klik pada kotak warna (Foreground Color) kepada putih kerana kita telah menggunakan background putih semasa mengambil gambar.

9) Warnakan background dengan brush tool yang anda gunakan. Anda tidak akan beri kesan pada gambar objek/produk kerana layer objek/produk anda ada di hadapan layer background. Untuk mendapatkan hasil yang cantik, tinggalkan sedikit bayang-bayang di bawah produk/objek supaya nampak Real.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 13

10) Untuk membuatkan objek/produk anda menonjol, anda boleh mengubahsuai Level pada objek anda. Pilih Layer objek/produk dan tekan Ctrl + L pada keyboard anda untuk memaparkan panel Levels dan cuba ubahsuai graf supaya warna objek/produk semakin menonjol.

Tambahan

Tidak sukar untuk mempelajari Cara Mengambil Gambar Produk Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit. Anda mungkin agak lambat untuk edit gambar menggunakan photoshop untuk kali pertama, tetapi setelah beberapa kali, pasti gerak kerja anda semakin cepat.

Selain daripada background putih, anda juga boleh gunakan background lain seperti warna merah dan kuning kerana ianya menarik perhatian dan sesuai untuk gambar iklan.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 14Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 15

Jika objek anda besar dan tiada kotak yang muat dengan saiz objek/produk anda, konsepnya adalah sama. anda boleh mendapatkan kad manila yang lebih besar dan lekatkan pada dinding seperti gambar di atas. Jika ada menjual produk yang lebih besar seperti baju, gunakan kain plain.

Read more...