Yearly Archives - 2017

15 Tips ‘Marketing’ Untuk Owner Produk

Anda owner produk? Tauke krim muka? Tauke produk dalaman wanita? Tauke produkslimming? Tauke baju? Tauke produk perbidanan? Atau apa saja, yang mana produk-produk anda memang ada demand..

BIASA TAK;

  • Ada produk, tapi tak tau camner nak promot.
  • Nak cari agen, tak reti..
  • Dah ada agen, tak pandai jaga.. agen pasif!
  • Produk bertahan sekejap saja.. 1-3 bulan.
  • Dah buat marketing kaw-kaw, tapi tiada sambutan..

Ya, biasa kan?

“Ada yang labur dekat sejuta untuk produk kosmetik, tapi bila produk dah siap, tak reti nak pasarkan. Berbulan-bulan stok simpan dalam tangan”

“Ada yang harap kepada agen aje. Sendiri tak reti marketing. Kalau dapat agen pandai marketing, best la. Dapat yang buta marketing, apa nak dibuat?”

“Dah dapat agen bagus, tapi tak lama pastu dia buat produk sendiri. Lagi meletup sales-nya”

Pernah alaminya?

Belum?

Bagus! Nasihat saya, sebagai owner produk, anda perlu ketahui ilmu-ilmu marketing, terutamanya tentang PELANCARAN PRODUK.

Ok la…

Di bawah ni, saya share 15 tips penting sebagai owner produk:

#1: JANGAN KEDEKUT!

Untuk promosikan sesuatu produk, kita perlu sediakan bajet iklan yang cukup mengikut objektif kempen marketing kita. Jangan kedekut untuk keluarkan bajet untuk buat  marketing!

Tak kira la anda buat marketing secara ONLINE mahupun OFFLINE… jangan kedekut!

Sebab apa..?

Sebabnya, apabila kita dapat tingkatkan bajet marketing, keuntungan juga akan meningkat. Bagi peniaga baru, benda ini nampak pelik.. tapi, bagi peniaga yang berpengalaman, ia adalah perkara biasa yang perlu dilakukan.

Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika kita dapat KURANGKAN bajet marketing.. tapi, dapat hasilkan UNTUNG yang banyak. Kerana itulah, kita perlu belajar Facebook Sales Funnel..

Apa yang dimaksudkan dengan Facebook Sales Funnel? Baca artikel ni..

#2: SENTIASA REKRUT AGEN.

Sebagai owner produk, kita perlu buat marketing untuk rekrut agen.

Bukan buat marketing kejap-kejap, tapi KONSISTEN!

Ini kerana tak semua agen yang kita dapat tu AKTIF dan BERKUALITI. Mungkin dalam 10 agen yang kita dapat, hanya 3 agen je yang aktif. Yang lain.. TIDUR..!

Kalau agen tak aktif, camner nak hasilkan jualan.. kan?

Apabila kita dapat rekrut agen yang ramai dan berkualiti, ini dapat memudahkan kita untuk melakukan marketing dengan lebih sistematik. Kita akan dapat lebih fokus pada customer support, ia lebih penting daripada produk yang kita jual.

Pada peringkat permulaan, memang kita boleh lakukan marketing seorang diri.. tapi, apabila kita sudah ada agen, jualan yang dapat kita hasilkan juga adalah lebih banyak.

Inilah rahsia bagaimana owner produk hasilkan jualan jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat.

#3: JAGA AGEN!

Dah dapat agen tu, jangan duduk rileks jer! Si owner produk pun kena buat kerja jugak..!

Ok, sekarang agen kita dah ramai. Lepas tu, apa yang perlu kita buat?

Kita perlu JAGA mereka! Guide mereka untuk lakukan marketing dengan cara yang betul dan berkesan. Dan paling penting, layan mereka macam kawan-kawan. Barulah mereka happy nak promot produk kita, betul tak?

Bagaimana kita promot produk tersebut, macam tulah yang kita perlu ajar pada agen kita.

“Apa yang saya perlu ajar pada agen saya?”

Anda boleh bantu agen dari segi:

  • Sediakan bahan-bahan marketing dengan secukupnya.
  • Buat kelas asas marketing.
  • Berikan skrip cara close sales prospek.
  • Beritahu apa strategi marketing selengkapnya

.. dan banyak lagi yang anda boleh lakukan.

#4: BERI INSENTIF/BONUS

Sekali-sekala, kita boleh berikan INSENTIF/BONUS pada agen-agen yang berjaya hasilkan jualan yang konsisten setiap bulan. Ini dapat buatkan mereka jadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk hasilkan lebih banyak jualan!

Kita juga boleh buat race supaya mereka berlumba-lumba promot produk dan generate high sales. Buat cabaran, apabila agen dapat capai jualan tertentu, berikan mereka hadiah dalam bentuk wang tunai atau barang fizikal.

Ikut kreativiti anda sendiri nak beri hadiah apa..

Untuk buat cabaran ini, owner produk perlu selalu update position jualan siapa yang hasilkan jualan TERTINGGI sehinggalah TERENDAH. Dengan cara ini, apabila agen melihat position jualan mereka.. pasti mereka akan jadi tercabar dan akan fikirkan bagaimana untuk kejar agen-agen lain yang berada di atas mereka.

Ia memang satu games yang menyeronokkan! Cubalah..!

#5: AJAR AGEN ‘MARKETING’!

Yup! Anda wajib ajar agen buat marketing..!

Kalau tak, bagaimana mereka nak buat sales, kan?

Tak semua agen yang rekrut tahu nak buat marketing. Mereka hanya tahu menjual.. menjual.. dan menjual!

Student-student Sifufbads yang buat sales bulanan 7 angka, semuanya ajar agen mereka marketing!

  • ajar agen buat FB ADS!
  • ajar tulis copywriting!
  • ajar nak jual produk!

dan banyak lagi…

Kalau anda tak ajar, memang susah nak capai jualan yang konsisten 5-6 angka sebulan.

#6: ‘INTEGRATION MARKETING’.

Cara ini hanya perlu digunakan apabila kita ingin kembangkan lagi bisnes kita. Tak wajib pun!

Tapi, pada peringkat permulaan.. kita perlu fokus pada 1-3 channel marketing je. Fokus pada channel marketing yang berikan result sahaja. Barulah kita tak bazirkan bajet iklan untuk channel marketing yang tak berkesan.

Banyakkan buat SPLIT TEST!

Gunakan segala channel marketing yang ada. Online, offline! Guna fb, email, blog, radio, paper, tv, booth, dll.

Kesannya bukan pada hasil jualan je, kredibiliti bisnes kita juga akan naik.. tapi, bajet yang diperlukan agak besar. Jadi, fikir masak-masak dulu ye…

#7: KREATIF DALAM ‘MARKETING’.

Ia bukan perkara yang mudah dilakukan, tapi ia perlu dilakukan..

Especially online. Pesaing bisnes ramai, jadi kita kena KREATIF dan UNIK dalam marketing. Barulah kita boleh menonjol berbanding pesaing.

Bagaimana cara nak kreatif dalam marketing..?

Sebelum nak buat marketing, anda perlu tahu dulu bagaimana apa itu marketing?

“Marketing adalah proses menjual produk pada audiens yang betul!”

Kalau ini jawapan anda.. SALAH!

Marketing bukannya proses untuk menjual! Ia adalah proses untuk BERITAHU dan INGATKAN mesej kita pada audiens dan channel yang betul mengenai bisnes kita.

Itulah maksud sebenar marketing!

#8: KONSISTEN DALAM ‘MARKETING’.

Jangan jadi macam biskut “chipsmore”. Kejap ada, kejap takde. Marketing perlu konsisten, barulah ianya membantu bina POPULARITI dan TRUST..

Kenapa perlu konsisten?

Kerana manusia mudah lupa! Cuba lihat di sekeliling anda, berapa banyak iklan yang anda nampak dalam sehari?

.. 10 iklan?

.. 30 iklan?

.. 100 iklan?

Mungkin lebih, mungkin kurang.. cuma anda perasan atau tak jer…

Apa yang saya nak tekankan adalah, setiap hari kita dikelilingi dengan pebagai jenis iklan sehingga kita jadi BOSAN dan abaikan iklan tersebut.

Sebab itulah, kita perlu bina iklan yang berbeza dari iklan yang lain.. kemudian, lakukan pemasaran secara KONSISTEN!

#9: BINA ‘FOLLOWERS’.

Followers adalah audiens yang sudah kenal kita..

Mereka mungkin audiens yang kenal kita melalui facebook, emel, kedai, dan rakan mereka, dll..

Sangat penting untuk bina followers kerana lebih mudah menjual pada audiens yang sudah kenal kita berbanding audiens yang belum kenal kita.

Jadi, binalah audiens yang bakal jadi PROSPEK dan CUSTOMER anda. Tak kiralah sama ada ianya database phone, emel database, fans, insta followers, blog followers, dll..

Mereka inilah yang akan membantu untuk bangunkan bisnes kita.

#10: ‘RETARGETTING’.

Ya, buat retargetting dalam online marketing ni. Ada fans? Anda boleh tarik mereka menjadi customer. Ada pelawat web? Cari mereka balik dengan kaedah retargetting..

“Camner nak buat retargetting?”

Di Facebook, ada 2 cara yang boleh kita gunakan:

  1. Buat Like Marketing, dan target iklan pada fans. Baca ARTIKEL INI untuk tutorial cara buat Like Marketing.
  2. Bina satu web/ecommerce/minisite, kemudian letak kod Website Custom Audience (WCA)dalam web tersebut. Anda boleh baca tutorial cara bina Website Custom Audience DI SINI.

Dengan lakukan retargetting, kita boleh sasarkan iklan pada audiens yang pernah jadi customer kita. Jadi, kerja-kerja menjual akan jadi lebih mudah.

#11: ‘REPEAT ORDER’.

Apabila kita sudah ada customer, sangat penting untuk kita menjaga mereka. Kita perlu galakkan customer sedia ada membeli lagi atau lakukan repeat order.

.. Berikan mereka offer menarik.

.. Buat follow up!

.. Tanya khabar.

dan banyak lagi!

Cuba fikirkan jalan bagaimana nak tarik customer untuk lakukan pembelian berkali-kali.

Jangan biarkan pelanggan lama lari dari kita! Nak cari pelanggan yang baru perlukan kos yang tinggi. Jadi, adalah lebih baik kita fokus pada pelanggan sedia ada.

Artikel berkaitan – 5 Cara Pakar Gunakan Untuk Dapatkan Pelanggan ‘Repeat Order’

#12: REFERRAL.

Apa kata minta customer perkenalkan produk anda kepada rakan-rakan mereka.. kemudian, berikan mereka insentif seperti, mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.

Gunakan ayat seperti ini:

As salam tuan,

terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin.

Saya nak minta tolong boleh tak?

Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak rekemen produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga?

Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut.

Reply mesej ini jika tuan berminat..

Terima kasih.

#13: DAPATKAN ‘FRESH TESTIMONIAL’.

Testimoni sangat penting dalam promosikan sesuatu produk! Ya, sangat penting..!

Kalau takde testimoni, sangat susah untuk menjual produk kita. Sebab, prospek lebih percayakan feedback dari orang ketiga. Itulah manusia, konsep ini tak akan pernah berubah sampai bila-bila.

Dan testimoni mestilah updated! Jangan lupa, orang membeli kerana RESULTS..!

“Mana saya nak dapatkan testimoni pelanggan”

Pergilah tanya mereka!

.. Tanya di WHATSAPP.

.. Tanya di PM.

.. Tanya di EMEL.

.. Tanya di TELEFON.

Apa lagi..?

Ikutlah bagaimana caranya, asalkan anda dapat testimoni mereka.

#14: ‘SOCIAL PROOF’!

Apa benda social proof ni?

Contoh mudah,

Jumlah fans adalah social proof. Jumlah komen yang tinggi pada post di FB juga adalah social proof! Ianya mampu pengaruhi prospek-prospek baru..

Camner nak tingkatkan social proof?

  • tingkatkan komen pada post
  • banyakkan gambar testimonial – printscreen, gambar, video
  • tunjukkan gambar stok..gambar pelanggan dtg kedai..
  • buat album koleksi testimonial..

“Kenapa kita perlu ada social proof ni?”

Inilah psikologi manusia!

Orang lebih mudah tertarik pada kawasan yang ramai orang.

Sebab apa?

Kerana, orang akan tertanya-tanya kenapa kawasan tersebut ramai orang. Apa yang buatkan ramai orang datang ke kawasan tersebut? Mesti best, kan?

Ok, sekarang.. bagaimana cara nak TARIK ramai orang datang ke kedai/fanpage kita?

  • Berikan FREE GIFT.
  • Berikan OFFER terhad.

Ini adalah salah satu strategi marketing! 

Kalau tak percaya, cubalah guna…

#15: TINGKATKAN BAJET MARKETING!

Ada orang tanya,

“Bila waktu yang paling sesuai untuk tingkatkan bajet iklan?”

Memang bagus nak tingkatkan bajet iklan, tapi bukan saje-saje!

Bukan setiap masa kita boleh tingkatkan bajet iklan. Ada masa tertentu jer..

  • Hari gaji, hujung bulan. Ni semua orang tahu, waktu semua orang duit masuk dalam akaun.
  • Pada bulan ramadhan, ramai orang shopping makanan untuk berbuka puasa dan beli barang raya.

Ini antara waktu demand adalah paling tinggi! Tapi, tak semua bisnes sama waktu demand-nya.

Sebagai peniaga, kita perlu TEST sendiri bila waktu yang paling banyak hasilkan jualan.

..

Tu lah.. sebahagian tips yang dapat dikongsikan.

Selamat beramal!

Read more...

Mengapa Bisnes Memerlukan Website?

Mengapa bisnes perlukan website

Mengapa bisnes memerlukan website? Masih ramai usahawan yang belum mempunyai website dan ada yang berkeras mengatakan “TIDAK PERLU”.

Saya tidak setuju apabila usahawan menjawab “TIDAK PERLU” dan saya ingin beri 7 sebab kenapa website itu perlu untuk bisnes.

Mengapa bisnes perlukan website 2

1. Menambah kredibiliti bisnes

Zaman sekarang hampir semua orang menggunakaninternet. Lebih-lebih lagi apabila mencari produk atau servis yang diperlukan.

Bayangkan anda seorang usahawan dan bercerita tentang bisnes anda pada prospek. Kemudian apabila ditanya tentang website, anda jawab tiada. Apa rasanya tanggapan prospek itu pada bisnes anda? Bayangkan pula kalau anda beri website yang professional pada prospek.

Dua situasi di atas cukup jelas bahawa website memberi kesan pada kredibiliti bisnes.

Mengapa bisnes perlukan website 3

2. Prospek mudah mendapatkan maklumat bisnes secara online

Selain daripada isu kredibiliti, website memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat bisnes. Kita tidak boleh hanya bergantung pada media sosial untuk memberi maklumat kerana itu bukan fungsi utama media sosial.

Andai kata kita mempunyai bisnes pakaian dengan koleksi pakaian yang banyak. Kalau hanya dengan media sosial, prospek sukar melihat koleki penuh pakaian kita.

Berbeza dengan website, koleksi pakaian disusun dengan kemas mengikut kategori dan jenisnya. Maklumat bisnes yang lain juga mudah diakses di website.

Kalau nak harap facebook semata, kejap scroll jumpa baju.. kejap scroll jumpa kucing, nasi lemak, kata-kata nasihat. Sukar untuk prospek mencari maklumat yang mereka perlukan.

Mengapa bisnes perlukan website 4

3. Pesaing anda mempunyai website

Sekarang makin ramai usahawan mempunyai website. Pesaing kita pun mempunyai website. Bagaimana kita melawan pesaing jika salah satu tool utama dalam bisnes online kita tiada?

Bayangkan kita dalam pertandingan memasak. Pesaing kita lengkap peralatan memasak tetapi kita tertinggal pisau.

Mengapa bisnes perlukan website 5

4. Website menjimatkan masa bekerja

Ini satu lagi perkara yang penting dalam bisnes iaitu MASA.

Banyak masa boleh dijimatkan dengan adanya website. Kita boleh gunakan masa yang dijimatkan untuk keluarga, aktiviti lain atau untuk mendapatkan lebih banyak income.

Bagaimana masa dapat dijimatkan melalui website? Ianya sangat banyak. Website boleh menguruskan proses jual beli, menjana laporan, menyediakan borang, memberi maklumat yang diperlukan dan macam-macam lagi.

Bergantung kepada spesifikasi website, ada website yang boleh menguruskan 60% kerja bisnes. Ini bermaksud kita mampu mengurangkan kerja dan penggunaan masa kita hingga 60% dengan adanya website. Ada yang lebih dari itu.

Mengapa bisnes perlukan website 6

5. Website membawa lebih banyak prospek

Jika rujuk point sebelum ini, dengan penjimatan masa dan kemudahan perolehan maklumat, sudah tentu bisnes kita boleh membawa lebih banyak prospek.

Masa yang telah dijimatkan boleh digunakan untuk pemasaran dimana kita boleh memperkenal bisnes kepada prospek baru.

Ada pelbagai cara kita memasarkan website kita seperti menggunakan iklan, tajaan, content marketing, SEO, email dan lain-lain.

Mengapa bisnes perlukan website 7

6. Website membolehkan bisnes anda memasuki pasaran dunia

Satu lagi perkara yang best dengan website adalah kita boleh berniaga dimana sahaja. Kita bukan hanya boleh sasarkan bisnes pada pasaran Malaysia sahaja malah dunia.

Contohnya kita design baju “Say No To Trump” dan ingin jual kepada warga Amerika. Kita hanya perlu sediakan website berbahasa inggeris dan paparkan baju tersebut kemudian buat pemasaran untuk sasarkan pada warga Amerika.

Mengapa bisnes perlukan website 8

7. Pelbagai range harga website

Alasan harga website ini banyak saya dapat dari usahawan yang tidak mahu mempunyai website.

Sebagai seorang usahawan, agak menyakitkan hati saya melihat usahawan lain yang penuh dengan alasan kerana website boleh diperoleh mengikut pelbagai range harga.

Untuk website tanpa kos, anda boleh buat sendiri website dengan menggunakan platform seperti wix, weebly dan banyak lagi yang menawarkan website percuma dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ada juga website yang murah dalam RM1000 kebawah. Biasanya kita boleh dapat harga sebegini dari webdesigner part time yang baru berjinak dalam website atau dari student-student IT.

Untuk website yang professional sedikit, range harga biasanya dalam RM2500 ke atas. Ini range harga kalau inginkan servis dari saya.

Website highend dengan pelbagai fungsi dan kualiti server yang tinggi biasanya bermula dari RM15k hingga lebih RM500k. Itu sudah industry level.

Jadi, ada lagi usahawan yang rasa “TIDAK PERLU” website? Cuba share post ini pada mereka yang sepatutnya sudah ada website supaya mereka sedar pentingnya website.

Read more...

Cara Mengambil Gambar Produk Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit

Saya mendapat banyak permintaan untuk menyediakan tutorial cara mengambil gambar produk menggunakan handphone atau telefon bimbit. Tutorial ini menggunakan kos yang rendah dan saya pasti semua usahawan online mampu menyediakan keperluan untuk menghasilkan gambar produk yang baik dan professional.

Gambar Produk Yang Professional Dengan Kos Rendah

Gambar produk yang professional sangat penting untuk persembahan online kerana gambar adalah antara aspek terbesar dalam memikat prospek/pelawat/pengunjung. Secara umumnya, apa yang terpapar pada skrin komputer dan gajet adalah gambar.

  • Gambar Statik
  • Gambar Huruf dan Perkataan (Teks)
  • Gambar Bergerak (Video)

Oleh itu, bagi saya, semakin berkualiti gambar anda, semakin anda akan disukai oleh prospek atau pelawat, tidak kira pada facebook page, blog, website ataupun wall profile anda sendiri.

[taq_review]

Peralatan Mengambil Gambar

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 1

Untuk tutorial ini, saya fokus untuk membolehkan anda mengambil gambar produk dengan kos yang rendah. Oleh itu, semua peralatan mengambil gambar yang saya gunakan adalah berkos rendah dan mudah dicari. Berikut adalah senarai keperluan beserta harga:

  1. Kad Manila mengikut warna background yang anda inginkan (~RM0.80 sekeping)
  2. Kotak yang lebar (~RM4.00) – tak perlu cantik
  3. Sumber cahaya seperti lampu meja atau lampu DIY (~RM25-RM40)
  4. Pita Pelekat (~RM2.20) – Beli yang kuat sikit
  5. Handphone dengan camera
  6. Komputer dengan software Photoshop

1. Menyediakan Latar Belakang dan Pentas Photoshoot

Untuk menyediakan latar belakang dan pentas untuk photoshot produk, anda akan menggunakan kotak, pita pelekat dan kad manila.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 3

Jika anda lihat gambar di atas, saya membeli kotak yang jenis leper dan pasang mengikut panduan yang disediakan. Jika anda sudah mempunyai kotak sebegini, tidak perlu membelinya. Kotak ini akan berfungsi sebagai pentas photoshoot dan memudahkan anda menukar background photoshoot anda.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 4

Setelah siap kotak anda, anda boleh sandarkan manila kad seperti dalam gambar di atas. Kelebihan membuat pentas menggunakan kotak seperti ini adalah anda tidak perlu menggunakan pita pelekat untuk memegang manila kad anda untuk dijadikan pentas dan background photoshoot.

Untuk sumber cahaya, anda boleh menggunakan lampu meja atau lampu DIY yang diarahkan kepada pentas dan background. Contoh lampu DIY adalah seperti gambar di bawah. Tidak sukar untuk membuatnya. Yang penting anda perlu cuba dapatkan mentol yang terang.

tips-mengambil-gambar-produk-cahaya

2. Mengambil Gambar Produk Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit

Dalam tutorial ini, saya menggunakan Zenfon 6 saya sebagai camera dengan sistem operasi Android 4.3. Terdapat beberapa setting penting yang boleh anda kawal jika menggunakan Android iaitu ISO, White Balance dan Exposure.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 7

Anda hanya perlu letakkan objek atau produk di tengah-tengah stage photoshoot anda dan halakan lampu kepada objek. Jika anda mempunyai beberapa sumber cahaya adalah lebih baik. Anda boleh halakan cahaya ke bahagian kiri, kanan dan sudut lain produk supaya dapat mengurangkan bayang-bayang.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 7

Gambar jam di atas adalah contoh gambar yang saya ambil menggunakan handphone saya (Zenfon 6) dan menggunakan kaedah seperti yang saya tunjukkan sebelum ini tanpa sebarang editing. Saya akan tunjukkan cara edit supaya gambar menjadi kemas dan pro tetapi sebelum itu, saya perlu tunjuk trick dan setting menggunakan phone camera supaya mendapat hasil yang baik.

3. Masalah Mengambil Gambar Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit

Masalah yang biasanya berlaku apabila anda menggunakan camera telefon adalah anda akan mendapat hasil gambar yang mempunyai flickering effect apabila mengambil gambar dengan background yang plain/kosong terutamanya background putih.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 7

Jika anda lihat gambar di atas, anda boleh nampak kesan flickering yang saya sebut sebelum ini. Untuk mendapatkan hasil gambar yang betul-betul baik, kita perlu meminimumkan kesan flickering ini. Ada beberapa perkara yang anda boleh ubah suai untuk mendapat hasil gambar yang clean atau bersih.

  1. Kawal ISO dan Exposure. Mulakan dengan ISO paling rendah dan Exposure pada tahap “0”.
  2. Cuba jauhkan dan dekatkan camera handphone dengan objek/produk.
  3. Cuba jauhkan dan dekatkan sumber cahaya (Lampu) dengan stage photoshoot atau objek/produk.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 8

Jika menggunakan handphone/telefon bimbit android, biasanya anda akan dapat mengawal ISO dan Exposure camera anda. Tetapi jika tiada fungsi untuk kawal ISO dan Exposure seperti Iphone (Apple fanboy jangan marah.. :P), anda boleh cuba kawal jarak camera dan cahaya daripada objek anda.

4. Edit Gambar Produk Menggunakan Photoshop

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 8

Jika anda lihat gambar di atas ni, anda boleh bandingkan gambar asal (kiri) dan gambar yang telah di edit (kanan). Gambar pada sebelah kanan adalah jauh lebih kemas dan professional berbanding gambar asal.

Bayangkan jika anda menggunakan gambar yang professional untuk post facebook, artikel blog mahupun ecommerce website, pasti akan memberikan impak yang lebih positif berbanding anda gunakan gambar yang biasa.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 9

1) Buka gambar asal produk anda menggunakan perisian Photoshop, kemudian klik pada Quick Selection Tool.

2) Menggunakan Quick Selection Tool, pilih objek/produk anda dengan klik dan seret mouse pointer di seluruh bahagian objek/produk.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 10

3) Setelah memilih semua bahagian objek/produk, anda perlu klik pada Refine Edge.

4) Panel Refine Edge akan keluar dan anda boleh try adjust setting yang anda sehingga bahagian tepi objek dipilih dengan kemas. Kemudian pilih New Layer pada setting Output To. Klik OK.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 11

5) Anda akan nampak background putih sebelum ini sudah hilang dan tinggal hanya objek/produk. Pada bahagian Layer, saya mahu anda tick pada layer paling bawah supaya anda akan dapat lihat background putih itu semula. Layer bawah ini adalah layer gambar asal anda.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 12

6) Setelah tick pada layer asal yang di bawah sekali. Anda perlu tick juga pada icon lock (macam kunci) supaya anda boleh edit layer tersebut.

7) Klik pada Brush Tool.

8) Klik pada kotak warna (Foreground Color) kepada putih kerana kita telah menggunakan background putih semasa mengambil gambar.

9) Warnakan background dengan brush tool yang anda gunakan. Anda tidak akan beri kesan pada gambar objek/produk kerana layer objek/produk anda ada di hadapan layer background. Untuk mendapatkan hasil yang cantik, tinggalkan sedikit bayang-bayang di bawah produk/objek supaya nampak Real.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 13

10) Untuk membuatkan objek/produk anda menonjol, anda boleh mengubahsuai Level pada objek anda. Pilih Layer objek/produk dan tekan Ctrl + L pada keyboard anda untuk memaparkan panel Levels dan cuba ubahsuai graf supaya warna objek/produk semakin menonjol.

Tambahan

Tidak sukar untuk mempelajari Cara Mengambil Gambar Produk Menggunakan Handphone/Telefon Bimbit. Anda mungkin agak lambat untuk edit gambar menggunakan photoshop untuk kali pertama, tetapi setelah beberapa kali, pasti gerak kerja anda semakin cepat.

Selain daripada background putih, anda juga boleh gunakan background lain seperti warna merah dan kuning kerana ianya menarik perhatian dan sesuai untuk gambar iklan.

Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 14Cara mengambil gambar produk menggunakan hadnphone/telefon bimbit - 15

Jika objek anda besar dan tiada kotak yang muat dengan saiz objek/produk anda, konsepnya adalah sama. anda boleh mendapatkan kad manila yang lebih besar dan lekatkan pada dinding seperti gambar di atas. Jika ada menjual produk yang lebih besar seperti baju, gunakan kain plain.

Read more...