Soalan Lazim

Pakej Pembinaan Laman Web
  1. Sekiranya saya berminat, apakah keperluan yang perlu saya sediakan?

    Sekiranya anda berminat, sila isikan [ borang ] untuk sebutharga dan pihak kami akan menyatakan keperluan yang anda perlu sediakan. Anda juga boleh terus membuat permohonan sebutharga melalui Whatsapp. Jika anda sedang layari Berjayaweb dengan telefon, sila [ klik disini ]

  2. Bagaimana proses pembayaran untuk sesuatu pakej?

    Untuk permulaan, deposit seperti yang dinyatakan didalam sebut harga dikenakan dan bakinya perlu dijelaskan setelah selesai iaitu sebelum pelancaran website tersebut.

  3. Bagaimana cara pembayaran?

    Kami hanya menerima bayaran samada melalui tunai, cek atau bank-in untuk akaun bank tertentu sahaja.

  4. Bagaimana setelah tempoh jaminan tamat?

    Setelah tamat tempoh jaminan, sekiranya ada beberapa penambahan atau penyelenggaran, anda perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kami dengan sedikit kos. Akan tetapi jika kerja yang perlu dilakukan adalah minor, tiada cas dikenakan.

  5. Sekiranya saya berada dilokasi jauh, bagaimana ingin berurusan dengan Berjayaweb?

    Kita boleh berurusan melalui email atau telefon. Anda boleh menghantar bahan-bahan melalui email. Kebanyakan pelanggan kami dari negeri yang jauh. Selalunya, kami akan berurusan melalui email dan telefon dan apabila perlukan huraian dan penjelasan yang lebih, pihak kami akan menghubungi pelanggan melalui telefon. Pada masa ini, boleh dikatakan 70% urusan kami melalui Whatsapp dengan pelanggan kerana maklum balas boleh diberi dan diterima dengan sangat pantas. Ada juga pelanggan selepas sekali perjumpaan, pelanggan berurusan melalui Whatsapp dengan kami sehingga tamat pembinaan laman web.

  6. Apa yang perlu dilakukan sebelum proses laman web dibina?

    Pihak kami akan menghantar 1 email fail draf dalam bentuk Microsoft Word. Fail ini mempunyai ruang untuk anda isi maklumat lengkap.

  7. Bagaimana untuk saya menguruskan sendiri laman web tersebut?

    Kami akan sediakan manual untuk anda mengemaskini laman web tersebut.

  8. Adakah saya perlukan apa-apa software untuk kemaskini web?

    Anda tidak perlu menggunakan apa-apa software seperti Dreamweaver . Sistem laman web yang kami bina adalah mesra pengguna. Semuanya adalah built in. Anda hanya perlu log in dan update seperti biasa.

Masih punyai soalan?