Pengenalan

Sekapur Pinang Seberkas Sireh, Rapat Jemari Mengucapkan Terima Kasih.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua yang sudi bertandang ke laman web Berjayaweb.com. Berjaya Web merupakan sebuah laman yang dibina di bawah syarikat persendirian Imran Niaga Enterprise dan telah bermula beroperasi sekitar awal tahun 2012 dalam pengkhususan pembinaan laman web, blog dan logo perniagaan.

Buat pengetahuan anda, Berjaya Web membekalkan perkhidmatan terbaik dalam talian untuk membina laman sesawang (website) kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tidak kira peringkat umur, sosioekonomi, tahap penguasaan IT dan jarak pengantaraan, kami Berjaya Web akan memberikan perkhidmatan terbaik dalam memberi idea, konsep, cara berhubung, pembayaran dan idea-idea pemasaran laman dari segi SEO (Search Engine Optimize – Bagaimana web terindeks di halaman depan Google), Back link, Forum marketing, FB Ads, Google Ads, Online Banner konsep dll.
Berjaya Web Buat laman web murah 1

Berpegangkan kepada hasil kerja yang berkualiti dan jujur, Berjaya Web memastikan perjalanan proses pembinaan laman web anda berjalan dengan lancar bermula dari proses tempahan, proses pembinaan, proses pembayaran dan akhir sekali proses cara menggunakan sistem laman web anda. Secara amnya, memang tidak dinafikan lagi, laman web sudah lama wujud di Malaysia. Namun, masih masih ramai yang kurang mahir untuk membuat laman web sendiri. Buktinya, kami masih menerima tempahan untuk membuat laman web dan juga blog sehingga kini. Oleh demikian, demi membantu rakyat Malaysia khusunya, kami mengambil langkah proaktif dan cuba memberikan perkhidmatan laman web bujet-berkualiti kepada pelanggan yang baharu dan yang telah memulakan perniagaan mereka. Daripada kajian statistik yang dibuat dari tahun 2012-2014, kebanyakan pelanggan Berjaya Web terdiri daripada golongan wanita dan lelaki dari pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan IT. Ini mungkin disebabkan golongan ini kurang mendapat pendedahan tentang laman website, meskipun mereka cekap menggunakan Facebook, Myspace, Friendster, dan sebagainya.

Atas faktor itulah, kami Berjaya Web sebulat suara bertekad untuk membantu anda yang tergolong dalam kalangan seperti disebutkan tadi untuk memiliki laman web dan blog sendiri. Rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Kenapa anda perlu miliki laman web atau pun setidak-tidaknya sebuah blog?

Ada banyak sebab mengapa seseorang memiliki sebuah laman web atau pun sebuah blog. Pada asalnya, blog atau pun laman web banyak digunakan oleh orang perseorangan untuk menyampaikan maklumat. Ini berikutan sukarnya menggunakan media seperti televisyen dan surat khabar untuk melaporkan perkara yang tidak sehaluan dengan mereka. Namun, adakalanya ramai yang mengunakan medium Facebook. Facebook merupakan medium yang baik, tapi Facebook tetap ada kelemahan. Sebab itulah, ramai ahli politik khususnya yang tidak sehaluan dengan media arus perdana dan kerajaan amnya menggunakan blog atau laman web sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat alternatif. Namun, pada hari ini, skop penggunaan blog atau laman web khususnya semakin meluas dan kini berfungsi sebagai ‘mesin penjana wang’ bagi mereka yang bijak memanfaatkan peluang.

Facebook ada kurangnya?

Menurut Mohd Zulfadli (Smart Zul), seorang penulis dan usahawan internet sepenuh masa, terdapat 7 kelemahan jika anda bergantung kepada Facebook untuk menjalankan perniagaan anda selama ini. Antaranya ialah :

7 sebab anda perlukan web berbanding Facebook.

  1. Urusan perniagaan Internet anda lebih lancar, mudah dan automatik. Jika di Facebook, anda perlu menjawab dan memberikan maklumat yang sama setiap kali ia ditanya oleh bakal pembeli.
  2. Carian melalui laman carian Google. Walaupun Facebook Page anda mempunyai ratusan ribu orang, namun Google akan lebih memilih laman web ataupun blog untuk disenaraikan di muka pertama hasil carian. Dan hakikatnya, Google adalah enjin pencari no. 1 yang digunakan oleh pengguna Internet, bukan Facebook.
  3. Mempunyai laman web adalah umpama mempunyai kedai sendiri yang lebih terjamin dan kekal. Ia adalah salah satu strategi jangka panjang. Kita tidak tahu risiko yang akan menimpa kita di Facebook, yang mungkin datang tanpa diduga.
  4. Bebas. Kita bebas melakukan apa saja pengubahsuaian pada website jualan. Manakala Facebook pula adalah terhad dan banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
  5. Proses pembelian lebih mudah untuk pembeli kerana maklumat pembayaran mudah ditemui dan dibaca.
  6. Pelanggan yang memasuki laman web jualan lebih fokus. Sebaliknya di Facebook, mereka mudah hilang fokus atas sebab tertentu seperti membaca komen-komen pembaca yang lain yang mungkin akan mempengaruhi niat mereka untuk membeli.
  7. Proses kemas kini maklumat produk, harga, gambar produk, stok dan lain-lain lebih mudah. Salah satu kekurangan menjual melalui Facebook adalah maklumat cepat “tenggelam”, dan akhirnya kita terpaksa menulis kembali di post yang baru.

Siapa yang perlu ada laman web atau blog dan kenapa?

  1. Anda seorang guru. Anda boleh memuat naik (upload )nota tambahan subjek yang anda ajar ke blog atau lama web. Pelajar anda boleh memuat turun (download) nota yang anda muat naik itu. Bukanlebih menjimatkan masa dan pengajaran yang lebih effektif?
  2. Anda seorang pelajar. Anda boleh jadikan blog atau laman web sebagai tempat mengumpul nota-nota atau rujukan-rujukan untuk tugasan (assignment) malah boleh menambah kenalan seperti mana kenalan anda di Facebook dan Twitter.
  3. Anda sedang mencari pendapatan sampingan. Anda boleh jadikan website sebagai medium memasarkan produk-produk anda. Anda juga boleh sertai Affiliate, Dropship, Pay Per Click dan lain-lain lagi yang banyak diajar di internet cara mulakan semua perniagaan tersebut.
  4. Anda suri rumah. Anda boleh kongsikan pengalaman atau petua-petua anda di blog atau website. Tahukan anda semakin banyak anda berikan idea dan tips semakin ramai akan mencari laman web anda dan semakin ramai yang akan masuk ke dalam laman web anda dan ini berita baik kerana anda mampu menjana pendapatan dengan ilmu anda.
  5. Anda seorang ahli perniagan. Memiliki laman web bagi memperkenalkan perniagaan anda adalah sangat penting. Zaman sekarang, semua orang ingin mudah. Terutamanya carian dihujung jari. Jadi jika perniagaan anda wujud di carian Google atau Yahoo, sangat memberi impak yang besar kepada anda. Anda umpa tidak perlu membuat banner atau banting atau flyer yang diberi kepada orang ramai. Sekadar cukup punyai blog atau web tuk menyampaikan maklumat perniagaan anda.

Ada banyak sebab mengapa anda perlu bina melalui Berjaya Web.Com. Antara sebab-sebabnya ialah perkhidmatan kami mengandungi ciri-ciri berikut:

  • Mengandungi kesemua fungsi asas laman web dan blog .
  • Sistem SEO (Search Engine Optimizer).
  • Ruangan berbual atau soal jawab.
  • Sambungan ke Facebook.
  • Autoresponder versi PERCUMA
  • Menggunakan template TERBAIK.
  • Sistem yang mudah untuk anda kemaskini sendiri
  • Dan banyak lagi…

Berjaya Web Buat laman web murah
Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan dari Berjaya Web.Com ?

Anda tidak perlu rungsing dan membuag masa untuk belajar semula untuk mmebuat laman web atau blog kerana semuanya akan siap dibina seperti yang telah dijanjikan.
Anda tidak perlu menghabiskan wang anda kepada pembina laman web lain yang mengenakan pakej harga yang jauh lebih tinggi akan tetapi masih sama kualitinya dengan kami.
Rekaan laman web anda tidak akan sama dengan laman web lain.
Perkhidmatan selepas selesai pembinaan disediakan.

Jika anda berada di tempat jauh, perhubungan yang akan kami gunakan ialah dengan cara melalui talian telefon, sms, email dan Facebook Chat untuk berkongsikan maklumat dari semasa ke semasa.
Tempoh masa yang singkat mengikut tugasan.
Dan banyak lagi…
Kami akan cuba berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik agar laman web anda siap pada masa yang telah dibincangkan .

Sekian,

IMRAN -  Berjaya Web

  Muhamad Imran Che Omar
  Pembekal khidmat pembinaan laman web
  Executive Admin berjayaweb.com
  Executive Admin awanaunggul.com
  Imran Niaga Enterprise (SA 0234933-A)

 Hubungi Kami Sekarang

 

6,102 total views, 2 views today