Soalan Lazim

1. Saya berminat untuk mempunyai sebuah laman web dan ingin pihak Berjaya Web buatkan, bagaimana saya hendak mulakan?
Anda perlu pikirkan dan pilih nama yang sesuai untuk laman web anda. Pilih alamat link url laman web seperti berikut. 1. Anda perlu pilih alamat link url (alamat link web) anda sendiri contoh : http://kedaibaju.com 2. Sila layari web ini : http://www.web-hosting.net.my/domain-name-registration.htm dan masukan nama dalam kotak di atas, contoh ‘kedaibaju’ dan pilih TLD sama ada .com/.net dan lain-lain. Jika keputusan, Unavailable, bermakna nama link tersebut telah diambil orang lain dan anda perlu pilih nama lain. 3. Anda boleh hubungi pihak Berjaya Web melalui email : imrancheomar[at]gmail.com. 4. Untuk dapatkan feedback pantas, boleh hubungi admin : 013-2560907 (Imran) 5. Tunggu atau dengar langkah seterusnya dari kami melaui email atau panggilan telefon tersebut.
2. Saya berada ditempat jauh. Malah, tiada pengangkutan untuk berjumpa dan berbincang tentang laman web saya itu, jadi macam ya?
Kebanyakan pelanggan kami dari negeri yang jauh. Selalunya, kami akan berurusan melalui email dan telefon. Apabila perlukan huraian dan penjelasan yang lebih, pihak kami akan menghubungi pelanggan melalui telefon.
3. Saya sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk berjumpa selalu. Bagaimana saya hendak berhubung dengan Berjaya Web jika saya ingin suruh membuat penambahan , hendak bertanya sesuatu dan ingin menghantar fail-fail dokumen?
Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa sahaja sama ada melalui panggilan atau sms. Jika ingin menghantar fail dokumen, anda boleh hantar maklumat anda ke imrancheomar[at]gmail.com
4. Saya sudah bersetuju dengan Berjaya Web hendak buatkan laman web saya, bagaimana pula dengan pembayaran deposit?
Pembayaran deposit adalah berbeza mengikut pakej. Tetapi anda boleh bersedia dalam RM100-Rm150 dan tunggu quotation penuh dari kami dengan harga deposit yang sebenar.
5. Apa yang saya perlu lakukan semasa proses laman web saya dibina?
Semasa proses laman web anda dibina, anda harus menghantar secepat mungkin dan hantar ke email. 1. Maklumat web 2. Gambar-gambar 3. Idea untuk web anda
6. Berapa lamakah Berjaya Web mengambil masa untuk siapakan laman web saya itu?
Selalunya mengambil masa paling awal seminggu dan paling lewat dua minggu.
7. Apabila laman web saya sudah siap, bagaimanakah cara pembayaran penuh saya kepada Berjaya Web?
Anda boleh membuat pembayaran melalui Bank Islam: 12 038 02 558932 1 atau Maybank : 107117416088 atas nama Muhamad Imran Che Omar
8. Saya membuat laman web di bawah syarikat saya, adakah Berjaya Web sediakan resit online atau resit fizikal untuk saya buat claim pembayaran web itu?
Kami menyediakan resit selepas pembayaran penuh diterima.
9. Laman web saya sudah siap, pembayaran penuh telah dilakukan dan resit sudah saya dapat. Apakah langkah seteruskan yang perlu saya tahu?
Anda akan di emailkan maklumat penuh laman web anda seperti username, password, link penting dan maklumat-maklumat lain.
10. Saya ingin kemaskini laman web saya sendiri, adakah sistem pembinaan laman web yang dibuat Berjaya Web memerlukan software seperti Dream Weaver dan lain-lain untuk dikemaskini?
Anda tidak perlu menggunakan apa-apa software. Sistem laman web yang kami bina adalah mesra pengguna. Semuanya adalah built in. Anda hanya perlu log in dan update seperti biasa.
11. Saya lemah dalam IT. Tambahan, saya sibuk untuk urusakan laman web tersebut, adakah pihak Berjaya Web menyediakan khidmat untuk uruskan laman web saya setiap bulan?
Pihak kami menyediakan khidmat admin iaitu orang yang akan mengemaskini (update) laman web anda pada setiap bulan. Admin akan menerima maklumat daripada anda melalui email dan telefon setiap bulan. Bayaran dikenakan hanya RM100-RM150 sahaja. Anda boleh rujuk pakej Admin untuk melihat maklumat selengkapnya.
12. Adakah laman web saya selamat daripada digodam oleh hackers?
Setiap laman web tidak terlepas dan terdedah dengan ancaman hacker. Namun begitu, laman web yang telah kami bina mempunyai ciri-ciri keselamatan melindungi maklumat peribadi anda daripada dipaparkan di WHOIS daripada spammer, data harvester dan lain-lain. Nama domain dikunci dan dilindungi daripada di pindahkan oleh pihak yang tidak diketahui.
13. Pada tahun berikutnya, saya ingin mengubah konsep keseluruhan laman web saya, adakah pembayaran dikenakan?
Ya, pembayaran upah mereka bentuk semula laman dikenakan. Caj pembayaran mengikut peratus rekaan yang perlu diubah.
14. Kenalan saya ingin membuat laman web juga, jika saya perkenalkan kepada pihak Berjaya Web, ada saya dapat sedikit upah komisen sebagai pendapatan pasif saya?
Ya,anda boleh menjana pendapatan pasif sebagai promoter untuk servis kami. Jika anda memperkenalkan servis kami kepada rakan anda dan rakan anda bersetuju untuk pihak kami membuat laman webnya, kami akan membayar anda sebanyak RM30 selepas rakan anda membayar kos deposit atau wang keseluruhan. Anda boleh merujuk semula kepada rakan anda sama ada dia telah menggunakan perkhidmatan kami dan sudah membuat pembayaran atau belum. Pihak kami akan terus membayar kepada anda seperti yang telah dijanjikan.

7,150 total views, 1 views today